Sidang Kemuncak ASEAN di Malaysia tahun depan bakal guna EV

Sidang Kemuncak ASEAN di Malaysia tahun depan bakal guna EV

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada Forum Ilmuan Malaysia MADANI Siri 2 di Putrajaya.- UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Buat julung kali dalam sejarah, Sidang Kemuncak ASEAN di Malaysia pada tahun depan bakal menyaksikan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dalam skala besar.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas menyertai Forum Ilmuwan Malaysia Madani Siri 2 di sini malam ini.

“Insya-Allah, saya sudah memutuskan agar kereta rasmi bagi semua pemimpin negara serantau yang hadir persidangan itu hanya akan menggunakan EV,” jelasnya.

Terdahulu, beliau ketika mempengerusikan sesi diskusi berkenaan memberikan bayangan awal bahawa kerajaan bakal memanfaatkan penggunaan kenderaan itu pada setiap acara.

Buat permulaan ujarnya, EV dijangka dapat dioptimumkan ketika Sidang Kemuncak ASEAN di negara ini yang akan menjadi pengerusi blok serantau tersebut sepanjang tahun depan.

Apa yang menarik jelasnya, acara tahun depan juga lebih ‘meriah’ apabila turut melibatkan China ketika berlangsung Sidang Kemuncak ASEAN + Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Anwar semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada 15 Oktober lalu mengesahkan penyertaan China dalam persidangan itu di samping rakan-rakan dialog ASEAN yang lain.

Menceritakan secara terperinci, beliau berkata, kemasukan China dalam program dengan GCC juga mendapat persetujuan ‘sebulat suara’ para pemimpin kedua-dua blok tersebut.

“Sepatutnya Laos yang juga Pengerusi ASEAN 2024 jadi hos pertama namun ketua-ketua kerajaan GCC minta dibuat di Malaysia ketika kita Pengerusi ASEAN 2025,” kata beliau.

Lebih unik jelasnya, kemasukan China juga dipersetujui oleh Presiden Xi Jinping selepas dihubungi beliau sendiri yang menyifatkan ia membuka prospek baik kepada rantau ini.

Ironinya tambah Anwar, perkara itu kurang disenangi Amerika Syarikat (AS) tetapi beliau menegaskan pendirian Malaysia ketika menelefon Setiausaha Negara, Antony Blinken.

Malaysia katanya, mahu menjalinkan hubungan akrab dengan negara-negara sahabat apatah lagi AS sendiri memang sejak sekian lama merupakan rakan dagangan terbesar.

“Bagaimanapun saya tetap tegas tidak bersetuju dengan tindakan AS menyebelahi rejim Israel menindas kejam Palestin yang boleh dianggapnya sebagai amat tidak bermoral.

Justeru, beliau mengulangi apa dibuat kuasa dunia itu sama ketika Perang Vietnam dan AS tidak layak mengajar Malaysia mengenai demokrasi serta hak kemanusiaan sejagat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya