Siasatan kes culik budak perempuan 12 tahun selesai

Siasatan kes culik budak perempuan 12 tahun selesai

Culik
HUSSIEN Omar Khan merasmikan Dewan Serbaguna IPD Klang Selatan dekat Balai Polis Pandamaran, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kertas siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dicabul selepas diculik di Bandar Bukit Tinggi 1 di sini, akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya minggu depan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sudah menyelesaikan siasatan ke atas enam suspek yang ditahan berhubung kes berkenaan yang bermula pada 8 Oktober lalu oleh dua Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu Klang Selatan dan Shah Alam.

“Kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu menculik orang daripada penjagaan sah selain Seksyen 375 B dan 377 C akta sama.

“Keenam-enam suspek masih direman sehingga 30 Oktober depan dan kita akan serah kertas siasatan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya awal minggu depan,” katanya selepas merasmikan Dewan Serbaguna IPD Klang Selatan di Balai Polis Pandamaran, hari ini.

Jelasnya, pihaknya juga akan menyerahkan semua suspek kepada Bahagian D11 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Tindakan lanjut itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377 C berkaitan kes yang dilaporkan di Jinjang, Kepong. Selepas selesai, kita akan mendakwa mereka di mahkamah berhubung kes yang berlaku di Selangor,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya merakam keterangan 25 saksi dan sedang memburu dua lagi suspek disyaki sindiket pelacuran bagi membantu siasatan kes tersebut.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, kanak-kanak perempuan warga tempatan itu diculik dipercayai cuba dijual kepada sindiket pelacuran di ibu negara.

Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa menaiki sebuah kereta yang turut dinaiki empat suspek termasuk seorang wanita dikenalinya sebelum dibawa ke sebuah pangsapuri di Setia Alam dan ‘ditahan’ selama empat hari.

Sepanjang tempoh itu, mangsa dipercayai dicabul secara seksual oleh dua suspek di rumah sewa berkenaan dan mahu menjual mangsa kepada sindiket pelacuran di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Kehilangan kanak-kanak warg dipercayai diculik di kawasan rumah kedai itu terungkai apabila dia ditemukan selamat, kira-kira pukul 2.30 petang, 12 Oktober lalu,

Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis sekitar lokasi kejadian mendapati mangsa berjalan kaki sebelum menaiki sebuah kereta kereta Perodua Myvi berwarna hitam.

Siasatan mendapati kanak-kanak itu dipercayai diculik daripada penjagaan yang sah di sisi undang-undang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya