Siasatan GISBH dibuat atas maklumat berdasarkan peruntukan sedia ada- KPN

Siasatan GISBH dibuat atas maklumat berdasarkan peruntukan sedia ada- KPN

Tan Sri Razarudin Husain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) dijalankan mengikut secara terperinci mengikut segala peruntukan undang-undang sedia ada.

Tegas beliau, siasatan dibuat berdasarkan laporan dan maklumat diterima dan risikan dijalankan pihak polis 

Katanya, pihak polis menjakankan siasatan secara berhati-hati dalam memastikan tindakan terhadap GISBH dapat dijalankan dengan telus dan menyeluruh.

“Seperti dijelaskan sebelum ini, PDRM menjalankan siasatan di bawah undang-undang yang ada di dalam Malaysia untuk kesalahan seperti Akta Kanak-kanak, Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak, Akta Pemerdagangan Manusia,  Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA) dan akta-akta lain.

“Malah, siasatan turut dilakukan di bawah kes jenayah iaitu Kanun Keseksaan (KK) seperti Seksyen 506 KK, Seksyen 354 KK dan lain-lain dan ada antara kertas siasatan telah dituduh di mahkamah.

“Op Global ini juga dijalankan dengan kerjasama agensi-agensi lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Beliau mengulas video tular dimuat naik Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang mendakwa seorang pegawai dikatakan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengakui tiada kes terhadap isu kanak-kanak diselamatkan dalam Op Global. 

Video itu turut mempersoalkan justifikasi kanak-kanak yang diselamatkan itu ditahan sehingga tempoh dua bulan susulan pegawai itu mendakwa tiada kes penderaan terhadap mereka. 

Tambah Razarudin, berdasarkan siasatan, wujud unsur pengabaian dan penderaan terhadap kanak-kanak malah terdapat beberapa video yang tular menunjukkan elemen itu berlaku di rumah amal tersebut. 

“Tindakan pihak polis adalah untuk menyelamat mangsa-mangsa dipercayai  diabaikan, dianiayai, didera atau dieksploitasi selain menangkap dan seterusnya mendakwa individu bertanggungjawab dalam kesalahan tersebut,” tegasnya. 

Semalam, media melaporkan seramai 96 ibu bapa kepada 174 kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISBH memohon agar anak mereka dipulangkan semula ke pangkuan keluarga masing-masing berikutan sudah hampir lebih sebulan tidak berjumpa.

Jurucakap Gerakan Pulangkan Anak-Anak Kami (GPAAK),  Tun Faisal Ismail mendakwa, ia kerana anak-anak tersebut bukan diselamatkan oleh polis dan JKM sepertimana dikatakan media, sebaliknya ditahan, dipisah serta disembunyikan secara tidak sah dari segi undang-undang.

Dakwanya keadaan tersebut melanggar hak asasi manusia, Artikel 9 dan 18 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak(CRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya