Serumah dengan bapa mentua

Serumah dengan bapa mentua

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Serumah dengan bapa mentua

Soalan
Saya sudah berkahwin dan ada seorang anak berumur tiga tahun. Soalan saya apa hukumnya kalau bapa mentua saya tinggal di rumah kami sebab kadang-kadang suami saya ada kerja syif malam dan bekerja di luar kawasan. Tinggal saya, anak dan bapa mertua di rumah ketika itu. Takut jatuh fitnah kepada jiran-jiran saya pula. Bapa mentua saya berumur dalam lingkungan 58 tahun.

Insan ingin tahu
Perak

Jawapan
Hukum bapa mentua dengan menantu adalah hubungan mahram maka tidaklah dianggap salah kalau dia berada di rumah puan. Namun lebih baik agar berhati-hati daripada segi aurat dan bapa mertua diletakkan dalam bilik sendiri, yang terkawal agar tidak timbul apa-apa perkara yang syubhat.

Maksud zuhud

Soalan
Apakah benar zuhud ada tiga kategori? Apakah zuhud itu bermaksud kita meninggalkan terus nikmat dunia supaya kita tawaduk.

Mohon penjelasan
Kajang

Jawapan
Hakikat Zuhud adalah ibadah hati yang meletakan dunia hanya sebagai alat digunakan. Ia tidak ada kaitan dengan meninggalkan dunia, sebaliknya ia berkaitan dengan keterikatan hati dengan dunia atau tidak. Kalau kita ada kekayaan namun hati kita tidak terikat dengannya maka itu lah hakikat zuhud.

Fadilah puasa Isnin

Soalan
Rasulullah menjadikan amalan berpuasa setiap Isnin kerana Isnin adalah hari kelahirannya. Saya berpendapat lebih baik umat Islam juga kerap berpuasa dan berpuasa pada hari kelahiran masing-masing. Apa pandangan ustaz?

Ramlah
Bangi

Jawapan
Tidak mengapa berpuasa untuk menyambut hari jadi kerana ia tanda kesyukuran kepada Allah Taala seperti yang dilakukan oleh Baginda Nabi kita yang agung.

 

Pembaca boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada  [email protected]

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya