Serangan Israel: Masjid, surau Wilayah Persekutuan diseru solat Hajat

Serangan Israel: Masjid, surau Wilayah Persekutuan diseru solat Hajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan diseru melaksanakan solat Hajat berikutan tragedi serangan berterusan rejim Israel ke atas Gaza, Lubnan, Syria dan Yaman.

Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, solat Hajat itu boleh dilaksanakan mulai malam ini selepas Solat Isyak sehingga Jumaat ini.

Katanya, usaha itu bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat semua mangsa sebagaimana saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

“Kami merakamkan ucapan takziah dan turut bersimpati terhadap mangsa dan seluruh ahli keluarga  yang terlibat serta mengecam sekeras-kerasnya tindakan serangan itu.

“Kekejaman itu hanya mencetuskan lebih banyak kemusnahan harta benda dan mengorbankan nyawa yang tidak berdosa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Ajib berkata, sesungguhnya doa dan munajat yang dikirimkan adalah salah satu inisiatif berterusan dalam menzahirkan keprihatinan umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Katanya, langkah ini agar tindakan serangan dan peperangan yang membawa kehancuran segera dihentikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya