Serangan Iseael UNIFIL: Batalion Malaysia Malbatt selamat

Serangan Iseael UNIFIL: Batalion Malaysia Malbatt selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Batalion Malaysia (Malbatt) 850-11  yang berpengkalan di Tibnin dan Marakah di Lubnan dilaporkan selamat selepas serangan rejim Zionis Israel ke atas ibu pejabat United Nations Interim Force Lebanon (UNIFIL) di Naquora, semalam.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan melalui udara dan pencerobohan melalui darat yang berterusan di Lubnan.

Kata Wisma Putra, serangan tersebut telah menyebabkan kecederaan kepada dua anggota pengaman.

“Malaysia juga mengutuk serangan udara oleh rejim Zionis Israel ke atas kawasan kediaman yang padat terletak di Ras el-Nabaa dan al-Nuweiri, pusat Beirut yang mengorbankan 22 orang dan mencederakan berpuluh orang yang lain.

“Serangan berterusan yang menyasarkan kakitangan PBB dan orang awam yang tidak bersalah adalah satu pelanggaran undang-undang antarabangsa yang berat,” katanya hari ini.

Dalam hal ini, Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas bagi menghentikan serangan berterusan oleh Israel.

Ini termasuk mendesak Israel untuk mematuhi undang-undang antarabangsa dan resolusi-resolusi Majlis Keselamatan PBB termasuk resolusi 1701 (2006).

“Serangan ke atas UNIFIL adalah serangan ke atas Majlis Keselamatan PBB dan terhadap Piagam PBB.

“Malaysia menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil langkah-langkah untuk memastikan keselamatan kakitangan UNIFIL,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya