Serah pimpinan tertinggi tentu isu 10 JPKK UMNO

Serah pimpinan tertinggi tentu isu 10 JPKK UMNO

JPKK UMNO
RIZAM Ismail menyerahkan baucer itu kepada penerima pada program penyerahan baucer Deepavali dekat Sungai Besar, di Sabak Bernam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Keputusan bagi 10 jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) daerah ini yang disandang UMNO diserahkan kepada pimpinan Kerajaan Perpaduan untuk ditentukan.

Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor, Datuk Rizam Ismail berkata, segala keputusan itu terpulang kepada pimpinan parti bagi berbincang dengan semangat keluarga dalam komponen Barisan Nasiona (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Saya meraikan setiap pandangan daripada rakan gabungan (PH) dan pandangan itu kita akan perhalusi,”

“Perkara itu tidak sepatutnya diperbesarkan kerana peranan dan fungsi ketua kampung yang dilantik bertujuan memberi khidmat kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pada program penyerahan baucer Deepavali, hari ini.

Terdahulu, Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sabak Bernam, Ahmad Mustain Othman memaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) pada 6 Oktober lalu meluluskan usul meminta pimpinan mengembalikan semula 10 jawatan Pengerusi JPKK disandang UMNO kepada PH di daerah berkenaan.

Ia berikutan UMNO turut melantik Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di kampung sama.

Tambah Rizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, pada masa ini memang hanya terdapat 10 sahaja lantikan pengerusi JPKK di daerah Sabak Bernam daripada UMNO.

“Sebenarnya, tidak kira parti mana pun dilantik, apa paling penting mereka menjalankan tanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat dan pembangunan kampung.

“Sesiapa pun yang dipilih itu berkhidmat untuk kerajaan dan sama juga seperti Exco Selangor. Apabila diberi kepercayaan dan amanah, kita menjalankan tugas demi rakyat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya