Semuanya kisah hidup saya – Bernadya - Utusan Malaysia

Semuanya kisah hidup saya – Bernadya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tidak menyangka dengan bercerita mengenai kisah hidup melalui nashkahnya membuatkan penyanyi dan penulis lirik ini mendapat gelaran ‘Ratu Galau Indonesia’ dalam kalangan pendengar generasi muda.

Memulakan karier secara solo selepas berpisah dari duo, Celine & Nadya, membuatkan penyanyi asal Indonesia ini membuka lembaran baharu dan lebih selesa bergerak sendirian dengan menceritakan kehidupan melalui melodi lagu.

Bernadya atau nama lengkapnya Bernadya Ribka Jayakusuma berkata bahawa lagu-lagu yang ditulisnya itu merupakan perjalanan dan kisah hidup yang pernah dilaluinya pada suatu ketika dahulu.

“Kebanyakan karya lagu yang saya hasilkan adalah daripada pengalaman sendiri.

“Saya juga baru tahu rupanya ramai lagi yang merasakan apa yang saya pernah lalui dahulu,” katanya.

Penyanyi itu ditemui di majlis Sidang Media dan Showcase Tur Berjalan yang berlangsung di The Bee, Publika baru-baru ini.

Tidak menyangka lagu yang ditulis mampu untuk memberikan inspirasi dan semangat kepada pendengar, penyanyi Apa Mungkin ini berkongsi karyanya telah selamatkan nyawa peminatnya.

“Ada seorang content creator (pencipta kandungan) sewaktu kami bergambar, dia beritahu saya bahawa lagu-lagu saya telah menyelamatkan nyawanya.

“Dia berhenti cederakan diri sendiri. Dia mendengarkan lagu Untungnya, Hidup Harus Berjalan. Itu sangat mengharukan bagi saya,” kongsinya.

Mencipta rekod tersendiri dengan album terbaharunya, Sialnya Hidup Harus Tetap Berjalan mendapat lebih daripada 100 juta pendengar di Spotify, Bernadya tidak menyangka karya ‘galau’ itu mendapat sambutan yang sangat hebat.

“Saya cuma berharap agar lagu-lagu yang saya hasilkan sampai ke hati para pendengar. Jumlah tontonan semua itu bagi saya adalah bonus, saya tak pernah menyangka karya saya akan hit dan dapat sambutan meriah seperti ini.

“Rupanya ramai orang Malaysia yang mendengar karya-karya saya,”ujarnya.

Peminat Malaysia
Pertama kali menghiburkan peminat di Malaysia, penyanyi itu teruja dengan sambutan yang diterima sepanjang persembahan itu berlangsung.

“Saya tidak sangka diterima dengan sangat baik di Malaysia. Saya belajar banyak hal-hal baharu sepanjang berada di sini.

“Orang Malaysia bagi saya juga sangat ramah,” katanya.

Bernadya memulakan persembahannya dengan lagu yang dipetik dari single pertamanya berjudul Kini, Mereka Tahu dan Mereka Kata Ini Berlebihan sambil memetik gitar.

Lebih 900 peminat yang hadir juga tidak melepaskan peluang untuk ‘bergalau’ bersama penyanyi itu dengan melontarkan setiap bait-bait perkataan.

Pada persembahan itu, Bernadya menghiburkan peminat menerusi rangkaian 11 lagu popularnya seperti Kita Kubur Sampai Mati, Siapnya Hidup Tetap Harus Berjalan, Ambang Pintu, Berlari, Lama-Lama, Untungnya, Hidup Harus Tetap Berjalan, Terlintas, Satu Bulan dan Apa Mungkin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya