Semoga kematian tiga pelajar UiTM dapat keadilan - PM

Semoga kematian tiga pelajar UiTM dapat keadilan – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap keluarga ketiga-tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang terkorban akibat dirempuh kereta di Dungun agar mendapat keadilan sewajarnya.

Perdana Menteri menyifatkan kejadian membabitkan tiga pelajar itu sangat menyayat hati.

Anwar berkata, beliau sendiri terkesan dengan insiden tersebut dan berharap keluarga mangsa tabah serta mendapat keadilan sewajarnya.

“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga pelajar UiTM Dungun yang kembali ke rahmatullah malam tadi. 

“Kes yang sangat menyayat hati dan saya sendiri terkesan akan kejadian ini. Semoga keluarga tabah hadapi dugaan ini dan mendapat keadilan yang sewajarnya,” katanya dalam akaun X beliau hari ini.

Semalam, tiga penuntut lelaki UiTM Kampus Dungun maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dua motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Tiga mangsa yang maut itu ialah Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun dan Muhammad Akmal Tukirin, 25.

Kesemua mangsa itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa yang cedera parah ialah Muhammad Ammar Danish Mohd. Ridhuan, 20.

Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 7.20 malam di hadapan kampus berkenaan di Kampung Sura Hujung.

Nahas itu dikatakan berlaku apabila motosikal yang dinaiki mereka secara tiba-tiba dirempuh Honda CRV yang dipandu seorang wanita dari arah belakang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya