Sembah maklum keputusan fatwa GISBH kepada Sultan Selangor esok

Sembah maklum keputusan fatwa GISBH kepada Sultan Selangor esok

Dr. Mohammad Fahmi Ngah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menyembah maklum keputusan mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengenai GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri, Dr. Mohammad Fahmi Ngah berkata, keputusan itu telah dibuat oleh jawatankuasa berkenaan.

“Justeru, ia perlu dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebelum diwartakan secara rasmi. Kita akan menyembah maklum kepada baginda esok,” katanya ketika dihubungi.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjalankan siasatan ke atas 612 individu yang terlibat dengan GISBH.

Siasatan dengan kerjasama penuh polis itu mengesan 386 individu diklasifikasikan sebagai mangsa yang diselamatkan selain 184 orang yang disyaki (OYDS) bagi tujuan pendakwaan, manakala baki 42 individu masih menunggu klasifikasi polis .

Semua individu itu disiasat mengikut Seksyen 7,8,10,12(c) dan 13 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Seksyen 106 dan 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016 serta Seksyen 40 dan 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.

JAIS turut menutup semua Sekolah Islam di bawah GISBH dengan mengeluarkan notis penutupan mengikut Seksyen 25 Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988 Pindaan 2001.

Minggu lalu, Sultan Sharafuddin menitahkan proses tindakan lanjut berkaitan isu GISBH disegerakan dan mahu seluruh agensi agama Islam di Selangor bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan semua pihak terlibat diheret ke mahkamah.

Selain itu, baginda menitahkan semua rumah amal dan sekolah Islam bawah kawalan syarikat berkenaan serta rangkaiannya yang tidak berdaftar atau disyaki terbabit kegiatan jenayah termasuk syariah ditutup segera dan tidak dibenarkan beroperasi di Selangor.

Sebelum ini, Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir memaklumkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor membentangkan semua penelitian berhubung kegiatan berhubung kumpulan berkenaan pada 30 September lalu.

Selain mesyuarat itu, pihaknya turut mengkaji dan menilai semua bahan bukti diterima daripada polis dan JAIS selain keterangan individu terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya