Semangat Hamas tidak luntur selepas pemergian Yahya Sinwar - Utusan Malaysia

Semangat Hamas tidak luntur selepas pemergian Yahya Sinwar

Para penyokong kumpulan Houthi di Yaman mengadakan tunjuk perasaan membantah serangan yang mengorbankan Yahya Sinwar oleh tentera Israel di Gaza, Khamis lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemergian Ketua Biro Politik Hamas, Yahya Sinwar akibat dibunuh tidak patahkan semangat kumpulan pejuangnya untuk membebaskan Palestin daripada terus diserang Zionis Israel.

Eksekutif Strategik (Perhubungan Awam) Cinta Gaza Malaysia (CGM), Haikal Zulkefli berkata, kesyahidan Yahya tidak menjadikan semangat kumpulan pejuang Palestin semakin lemah.

Menurut beliau, Yahya telah membuktikan kepada rakyat Palestin seorang pemimpin perlu berada di barisan hadapan untuk terus berjuang.

“Perjuangan untuk membebaskan Palestin tidak akan luntur, namun pada masa sama perlu ada seorang ketua untuk memimpin Hamas dan juga Briged Al-Qassam.

“Bagi meneruskan hayat perjuangan mereka di atas bumi Palestin, kita juga mengharapkan pengganti yang akan menggantikan Yahya Sinwar mempunyai sifat diplomatik dan juga seorang yang tegas,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia semalam.

Terdahulu akhbar melaporkan, kumpulan pejuang Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terkorban dalam serangan rejim Israel pada Khamis lalu.

Berita dukacita itu disahkan oleh Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Khalil Hayya menerusi rakaman video seperti disiarkan oleh Al Jazeera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya