Selepas setahun rujuk, Diana Danielle nekad fail cerai terhadap Farid Kamil - Utusan Malaysia

Selepas setahun rujuk, Diana Danielle nekad fail cerai terhadap Farid Kamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Diana Danielle mengejutkan ramai pihak selepas meluahkan rasa nekad untuk bercerai dengan suaminya yang juga aktor, Farid Kamil.

Berita itu telah dikongsikan oleh Diana menerusi sebuah hantaran di Instagram yang turut enggan mendedahkan punca dirinya nekad dengan keputusannya itu.

“Saya dah buat keputusan untuk berpisah secara rasmi dengan suami saya dan akan failkan perceraian.

“Tidak, saya tak akan jelaskannya. Mungkin dia akan lakukannya seperti biasa, dengan beri bunga, cincin dan janji kosong. Semoga mempunyai kehidupan yang baik. Dan, jangan pujuk,” katanya.

Dalam perkongsian sama, pelakon filem Imaginur itu seolah-olah menggesa Farid untuk melepaskannya dan menyifatkan soal rujuk tidak semestinya penyelesaian terbaik buat setiap pasangan yang ingin berpisah.

“Rujuk bukan untuk semua orang. Lepaskan saya. Terima kasih,” katanya di kapsyen.

Sebelum ini, Diana dan Farid telah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos 2023.

Tidak lama kemudian, mereka telah kembali rujuk selepas sebulan bercerai.

Untuk rekod, Diana dan Farid telah berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya