Selangor tubuh pasukan khas bantu kanak-kanak GISBH

Selangor tubuh pasukan khas bantu kanak-kanak GISBH

SELANGOR tubuh pasukan khas libat lapan pihak dan agensi kerajaan bagi merangka program pemulihan kanak-kanak yang diselamatkan daripada sekolah agama dan rumah amal GISBH. - UTUSAN / SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menubuhkan pasukan khas bagi meneliti program pemulihan kanak-kanak yang di selamatkan dari rumah amal dan sekolah agama bawah Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH).

Ia akan memulakan mesyuarat pertamanya pada Jumaat ini bagi menyelaras dan meneliti program pemulihannya.

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Dr. Mohammad Fahmi Ngah dan Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari dalam kenyataan bersama berkata, pasukan khas tersebut ditubuhkan pada 2 Oktober lalu.

Menurutnya, pasukan tersebut dipengerusikan bersama oleh Mohammad Fahmi dan Anfaal seperti ditetapkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu lalu.

“Pasukan itu akan memberikan tumpuan kepada kaedah-kaedah pemulihan bukan sahaja isu-isu aqidah tetapi juga kebajikan, isu kesihatan dan perkembangan mental-fizikal untuk memastikan kanak-kanak ini dapat dipulihkan dan diintegrasikan semula ke dalam masyarakat.

“Pada peringkat awal, ia akan dianggotai oleh polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pakar-pakar psikologi dan pendidikan kanak-kanak, Yayasan MBI dan Yayasan Selgate,” katanya, hari ini.

Tambah kenyataan sama, pemantauan berterusan dilakukan walaupun selepas kanak-kanak tersebut dimasukkan dalam program pemulihan rasmi selama enam bulan.

Sebelum ini, MAIS dillapor melaksanakan proses pemulihan akidah dan sosial ke atas 261 kanak-kanak yang terlibat dalam isu GISBH.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya membangunkan modul khas itu dengan kerjasama JAIS dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) sejak 1 Oktober lalu.

Menurutnya, MAIS sebelum itu sudah pun mengambil tindakan pada 23 September lalu bagi membangunkan pelan penyediaan bantuan pemulihan akidah dan sosial kepada kanak-kanak GISBH. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya