Selangor gubal dasar pengurusan, penyelenggaraan cerun

Selangor gubal dasar pengurusan, penyelenggaraan cerun

Dasar cerun
IZHAM Hashim ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Lima Tekad Lima Tahun Kerajaan Negeri di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan membentangkan dasar khusus berkenaan penyelenggaraan dan pengurusan cerun di seluruh negeri ini kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) seawal bulan hadapan.

Dasar tersebut diperlukan supaya kerajaan negeri mempunyai peruntukan khusus untuk melaksanakan pengurusan dan penyelenggaraan cerun secara berjadual pada setiap tahun bagi mengelak risiko tanah runtuh.

Exco Infrastruktur dan Pertanian, Izham Hashim berkata, dasar tersebut diperlukan kerana tiada peruntukan khas sama ada di peringkat negeri ataupun Persekutuan dibuat pada setiap tahun untuk mengatasi risiko tanah runtuh.

Menurutnya, dasar tersebut penting kerana ia kos untuk menyelenggara lebih rendah berbanding membaiki cerun-cerun runtuh termasuk infrastruktur yang terjejas akibat bencana tersebut.

“Isu besar kita adalah selama ini cerun tidak dianggap sebagai satu bendak yang serius sehingga kebelakangan ini sejak daripada banjir besar (2021) mula berlaku (gelongsoran tanah). Jadi, tidak ada peruntukan khas, di peringkat Persekutuan ataupun negeri.

“Kalau jalan raya kita ada Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Kalau kata cerun itu sebelah jalan, bolehlah diselenggara. Tetapi kalau cerun itu bukan semuanya duduk sebelah jalan. Ada cerun yang dipanggil sebagai cerun semula jadi, jauh dari jalan. Itu tidak ada peruntukan,” katanya kepada ketika ditemui pemberita, hari ini.

Tambahnya, pihak berkuasa sudah pun mengenal pasti cerun-cerun di seluruh negeri untuk diselenggara dan diuruskan yang diklasifikasikan mengikut tahap kritikal dan risikonya.

Utusan Malaysia pada 15 Oktober lalu melaporkan kejadian tanah runtuh berhampiran berdekatan kawasan perumahan di Taman Melawati, Hulu Kelang sehingga menyebabkan 20 penduduk diarah mengosongkan rumah masing-masing.

Bencana tersebut terjadi susulan hujan sangat lebat pada sebelah pagi lebih sejam mengakibatkan berlaku pergerakan dan gelongsoran tanah pada ketinggian sehinga 30 meter.

Dalam pada itu, Izham memaklumkan dasar untuk penyelenggaraan dan pengurusan cerun akan mengambil kira prosedur pengendalian bagi cerun-cerun dalam kawasan persendirian supaya tidak menjejaskan orang lain.

“Kalau kawasan persendirian, tanah milikan, bila runtuh, kita tak masuk. Tuan rumah kena buat. Jadi, tuan rumah ada kemampuan untuk buat? Tetapi, kalau kita biarkan, tanah itu runtuh, ia akan menjejaskan rumah orang lain, itu bahayanya.

“Itu antara dilema yang kita hadapi dalam menguruskan cerun. Semua itu kita akan tekankan, bawa isu (dasar) supaya satu ketetapan bagaimana hendak menguruskan cerun-cerun yang duduk di dalam kawasan milik persendirian,” jelasnya.

Katanya lagi, ia termasuk menguruskan longkang-longkang rosak di kawasan cerun bagi mengelakkan air mengalir melalui retakan sehingga memasuki ke dalam tanah dan berisiko mengakibatkan tanah runtuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya