Sektor penerbangan kembang empat peratus

Sektor penerbangan berkembang empat peratus

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berucap pada Persidangan Antarabangsa Rundingan Penerbangan Awam (ICAN) 2024, di Sunway Resort Hotel, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sektor penerbangan negara bakal memperoleh pertumbuhan positif sebanyak empat peratus dalam keseluruhan pergerakan penumpang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perkara itu didorong oleh pengembangan jumlah penerbangan dan pemulangan syarikat penerbangan asing.

“Pada Ogos tahun ini, negara merekodkan 8.7 juta penumpang sekali gus menandakan peningkatan 12.7 peratus berbanding 2023. Rantau Asia-Pasifik kekal sebagai wilayah pengangkutan udara Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang paling pesat berkembang menjelang 2035.

“Dari segi kargo udara, kami menjangkakan pertumbuhan enam peratus hingga 6.6 peratus dari tahun ke tahun untuk 2024, berjumlah kira-kira 20 bilion tan muatan kilometer. 

“Pertumbuhan ini didorong oleh faktor seperti pemulihan di China, peningkatan dalam kitaran teknologi global dan penstabilan ekonomi,” katanya dalam ucapan pada Persidangan Antarabangsa Rundingan Penerbangan Awam (ICAN) 2024.

Loke berkata, sektor penerbangan negara bukan sahaja sedang memulih tetapi dalam persediaan untuk masa depan. 

“Kementerian menyedari kepentingan meningkatkan kedua-dua operasi dan pengalaman penumpang di lapangan terbang kami. Dalam persiapan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026, kita akan mengutamakan pengalaman dan keselesaan pelanggan untuk memastikan perjalanan yang lancar.

“Pada masa ini, sebanyak 72 syarikat penerbangan terbang ke Malaysia dengan menawarkan 119 destinasi. Untuk meningkatkan lagi trafik udara, kami memperkenal skim insentif untuk syarikat penerbangan baharu, laluan baharu dan peningkatan kekerapan penerbangan.

“Pengendali lapangan terbang utama kami, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) juga sedang membuat pelaburan yang signifikan dalam mengembang dan meningkatkan kapasiti lapangan terbang bagi memastikan ia seiring dengan peningkatan jumlah penumpang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya