Sektor logistik perlu tumpu usaha tingkatkan kemahiran - Anwar

 Sektor logistik perlu tumpu usaha tingkatkan kemahiran – Anwar

ANWAR Ibrahim bersama kakitangan DHL selepas Majlis Perasmian DHL Express Malaysia Kuala Lumpur Gateway di KLIA Cargo Village Sepang. hari ini, -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kementerian Pengangkutan (MOT) dan syarikat berkaitan logistik berpangkalan di negara ini supaya  memberi tumpuan terhadap usaha meningkatkan kemahiran berkaitan melalui pusat kecemerlangan dan latihan.

Perdana Menteri berkata, usaha ini perlu susulan sektor logistik negara yang merekodkan peningkatan ketara serta minat pelabur besar yang meyakinkan akhir-akhir ini.

Beliau berkata, tahap kepesatan perubahan ekosistem logistik bergerak terlalu cepat dan Malaysia akan ketinggalan jika tidak disusuli dengan perkembangan kemahiran.

“Atas sebab itu saya mahu kementerian (MOT) dan rakan-rakan beri tumpuan lebih dalam bidang ini (logistik) kerana tahap kepesatan perubahan terlalu cepat.

“Dan kalau umpamanya jentera kita lembab kita akan ketinggalan. Sebab itu saya juga menekankan pengurusan kastam (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) harus melakukan perubahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian DHL Express Kuala Lumpur Gateway, di Kompleks Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Katanya, semua pihak juga diingatkan tidak terlalu selesa dengan kemajuan dikecapi dalam industri logistik setakat ini.

Anwar berkata, pemain industri logistik digesa memberi sokongan kepada MOT kerana kementerian ini paling strategik dari seri peningkatan keupayaan negara.

Terdahulu, DHL Express Kuala Lumpur Gateway  yang dilancarkan hari ini bertujuan menyokong aktiviti import eksport yang berkembang pesat di Malaysia.

Fasiliti RM300 juta (EUR60 juta) berkenaan merupakan pelaburan tempatan yang terbesar bagi DHL setakat ini sekaligus membentuk sebahagian daripada strateginya untuk memperkukuh kesaling hubungan antara Asia.

Kuala Lumpur Gateway baharu yang berkeluasan 13,422 meter persegi ini adalah tiga kali ganda saiz premis sebelumnya. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya