Sekolah dilanda banjir jejas sesi pembelajaran

Sekolah dilanda banjir jejas sesi pembelajaran

KEADAAN banjir di SMK Lambor Kiri di Parit, Perak sejak kelmarin. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Hujan lebat menyebabkan Sekolah Kebangsaan (SK) Lambor Kiri dinaiki air sejak kelmarin dan menjejaskan pelajar yang kembali bersekolah selepas cuti hujung minggu.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Megat Mahmud Megat Yussof berkata, hujan menyebabkan air masuk hingga ke beberapa blok bangunan sekolah itu.

Menurutnya, banjir yang belum surut menjejaskan pelajar yang akan kembali ke sekolah kerana masih ada kelas yang dinaiki air.

“Hujan lebat kelmarin menyebabkan sekolah ini dinaiki air dan biasanya mengambil masa tiga hingga lima hari untuk surut, bergantung pada cuaca.

“Selepas dua hari banjir, air masih bertakung di kawasan sekolah dan airnya sudah berbau busuk.

“Pelajar akan kembali ke sekolah Isnin ini. Air yang masih bertakung sudah tentu menjejaskan mereka untuk belajar.

“Masalah ini bukan pertama kali berlaku, sudah banyak kali diadu kepada pihak berkenaan tetapi tidak dapat diselesaikan.

“Saya berharap pihak yang berkenaan dapat datang untuk melihat keadaan sekolah ini yang terjejas banjir dan mencari jalan penyelesaian supaya pembelajaran pelajar di sini tidak terjejas,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Megat Mahmud berkata, selain hujan, sekolah itu terletak dekat dengan Sungai Perak.

Katanya, ini menyebabkan air dari Sungai Perak melimpah masuk ke sekolah itu setiap kali hujan lebat.

“Sekolah ini ada lebih 400 pelajar yang hadapi masalah untuk kembali ke sekolah yang masih dilanda banjir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya