Sejuta pelajar IPT terima agihan baucar buku fasa dua bermula Rabu

Sejuta pelajar IPT terima agihan baucar buku fasa dua bermula Rabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai sejuta pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) bakal menerima baucar buku bernilai RM100 menerusi pelaksanaan fasa kedua inisiatif itu bermula 30 Oktober hingga 31 Disember depan.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan berkata, penyaluran baucar buku bagi fasa kedua itu akan dilaksanakan melalui pelantar digital kepada pelajar IPT yang berdaftar di bawah KPT dan berstatus aktif sehingga 31 Mac 2024.

“Kod baucar akan dijana setelah semakan kelayakan dibuat di portal MySISWAPLACE di pautan https://mysiswaplace.my bermula 30 Oktober 2024.

“Penebusan kod baucar yang terjana di portal hanya sah digunakan untuk pembelian buku di portal MySISWAPLACE sahaja dengan setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100,” katanya hari ini.

KPT berkata, pemilihan portal MySISWAPLACE di bawah kendalian Yayasan Perkasa Siswa (YPS) yang merupakan agensi rasmi di bawah KPT adalah bagi memudahkan urusan pelajar.

“MySISWAPLACE membantu pelajar dengan menyediakan akses mudah dan cepat kepada bahan bacaan melalui pelantar atas talian yang dilengkapi dengan sistem telus.

“Ia bagi memastikan pelajar sentiasa mempunyai bahan rujukan diperlukan, memaksimumkan keberkesanan pembelajaran dan mengurangkan kesulitan,” jelasnya.

Majlis peluncuran MySISWAPLACE akan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir esok.

“KPT berharap inisiatif itu dapat membantu menerapkan budaya cintakan ilmu dan buku, sekali gus memugar budaya membaca dalam kalangan pelajar.

“Ia juga diharap dapat merancakkan lagi industri buku akademik dan wacana ilmiah tempatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya