Segera tuntut skim TPSM - Utusan Malaysia

Segera tuntut skim TPSM

AMZAN Abdul Malek menyantuni keluarga masa kemalangan di Perkarangan Unit Forensik Hospital Jengka, baru- baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pengetua dan guru besar di Pahang diarah menyegerakan tuntutan Skim Takaful Perlindungan Pelajar Sekolah Malaysia ( TPSM) sebagai satu empati dan sokongan moral kepada mereka dan waris keluarga terlibat kemalangan.

Bercakap kepada Utusan Pelajar, Pengarah Pendidikan Pahang, Amzan Abdul Malek berkata, skim TPSM merupakan skim takaful pelindungan di bawah Takaful Malaysia bagi murid-murid di sekolah di seluruh negara.

Menurutnya, walaupun tempoh tuntutan diberi sebulan tetapi tindakan proaktif pihak sekolah membolehkan faedah takaful itu lebih cepat untuk keperluan perbelanjaan susulan. Menurutnya, TPSM memberikan pelindungan kepada murid-murid 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu dan ia percuma kepada seluruh murid.

“ Jika berlaku kemalangan melibatkan murid-murid terbabit di mana-mana sahaja di seluruh dunia, mereka boleh membuat tuntutan menerusi TPSM dan akan memperoleh manfaat mengikut skop perlindungan yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Pelajar bagi merujuk kemalangan maut yang membabitkan dua pelajar sekolah di Felda Jengka 2 dan Jengka 3 Maran baru- baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN