Segala yang bertentangan dalam Joker: Folie a Deux - Utusan Malaysia

Segala yang bertentangan dalam Joker: Folie a Deux

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA sebenarnya agak terkejut melihat pendekatan yang dibawa Todd Philips ketika mempersembahkan Joker untuk bahagian kedua. Bukan mudah untuk memenuhi jangkaan dan harapan sebuah naskhah yang pernah menjadi fenomena ketika kemunculan  filem pertamanya pada 2019. 

Pembikinan  filem ini sahaja sudah kerja gila, namun saya melihat Todd mencari acuan lain dengan merombak sebuah  filem psycho thriller kepada nuansa noir namun masih sedaya upaya mengekalkan adegan yang mengerikan. 

Awalnya, saya berkerut dahi cuma memahami apa yang mahu disampaikan Todd menerusi Joker yang padat dengan adegan muzikal. Ketika naskhah ini berjalan, saya akhirnya faham bahawa Todd cuba menggali keluar keadaan yang sangat spesi k dialami Joker iaitu pergelutan dalam  kirannya sesuai tajuknya, Folie a Deux. 

Dengan memakai kanta itu, barulah saya akhirnya faham mengapa adegan nyanyian antara Joker dan Lee penting bagi menjelaskan kepada penonton fragmen dalam  kiran Arthur Flex. 

Juga akhirnya saya mengerti mengapa perjalanan cerita ini hanya seputar Joker dan Lee. Pengarah mahu menunjukkan begitulah kecilnya hidup dan kesunyian yang membantai hidup seorang Authur. 

Saya juga merasakan  filem thriller dengan pendekatan muzikal sangat ironi namun begitu berani. Todd berjaya meletakkan babak muzikal pada tempat sepatutnya, ia lancar, mengena dan tidak terasa ‘tiba-tiba’ muncul di pertengahan plot. 

Cuma mungkin ada beberapa bahagian yang durasinya terasa sedikit lama. Selain itu, (masih dalam perbahasan mengenai adegan muzikal), saya juga merasakan Todd cuba memberi semacam homaj kepada kartun Joker dan juga trend  filem hitam putih 60-an yang pasti menyelitkan adegan nyanyian. 

Bahkan, cara nyanyian pun dilakukan secara langsung, dengan suara raw Lady Gaga dan Joaquin Phoenix yang lebih menambah rasa. Saya mahu menepuk tangan sekuatnya kepada persembahan Joaquin Phoenix. 

Dia memiliki segalanya yang patut ada dalam diri seorang pelakon berkelas dunia. Cara pandangan mata, reaksi wajah, pemilihan gerak jari, ketar bibir semuanya disampaikan sangat cemerlang. 

Apa lagi watak Joker dengan kecelaruan perasaan membuatkan emosinya boleh berubah-ubah serta merta. Cuma mungkin, apa yang saya  kir kelemahan bagi naskhah ini adalah bagaimana karakter Harley Quinn ditampilkan agak gopoh. 

Maaf, gopoh bukanlah perkataan yang tepat tapi semacam tidak kukuh dan samar-samar. Tapi saya teringat sebuah dialog yang mengatakan memang Harley sengaja dibuat begitu kerana dia memang perempuan dengan perwatakan misteri. 

Dengan pelbagai ulasan yang menghentam dan mencemuh Joker 2, entah mengapa saya menyukai kedinginan, kesunyian dan segala ironi yang dibawakan Todd dalam naskhah ini. 

Segala yang bertentangan dalam dibuat begitu kerana dia memang perempuan dengan perwatakan misteri. 

Dengan pelbagai ulasan yang menghentam dan Joker 2, entah mengapa saya menyukai kedinginan, kesunyian dan segala ironi yang dibawakan Todd dalam naskhah ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya