Sebulan lagi saya akan jumpa KP Imigresen - Azam Baki 

Sebulan lagi saya akan jumpa KP Imigresen – Azam Baki 

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertemu dengan Ketua Pengarah Imigresen bagi membincangkan mengenai penambahbaikan agensi itu termasuk berkaitan ‘counter setting’.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, beliau jangkakan bertemu sendiri dengan imigresen dalam tempoh sebulan lagi kerana Datuk Zakaria Shaaban baru sahaja memegang jawatan itu.

Beliau menyeru semua pihak  memberi peluang dan masa kepada Zakaria untuk melihat secara keseluruhan berkaitan jabatannya bukan sahaja berkaitan  ‘counter setting’  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi juga hal-hal lain.

“Sebelum ini kami ada berjumpa di pejabat saya dan kita sudah bincang banyak perkara.

“Jadi saya akan berjumpa dengan beliau dalam tempoh sebulan lebih dari sekarang untuk bincang isu semasa dan apa yang boleh kita buat kerjasama dengan pihak beliau,” katanya.

Azam berkata, isu ini perlu ada libat urus antara dua agensi bagi tujuan penambahbaikan dalam imigresen itu sendiri supaya selepas ini agensi itu akan berwajah baharu dan cara mengendalikan kaunter itu akan memuaskan hati rakyat.

Mengulas mengenai pemantauan di lapangan terbang, beliau berkata, perkara itu memang ada dilakukan pihaknya.

“Ada pihak cadang supaya kami buka cawangan… sebenarnya kami sudah ada cawangan kecil di situ tetapi bukan untuk tujuan terima maklumat tetapi membuat pemantauan di lapangan terbang.

“Ia bukan sahaja membabitkan imigresen tetapi banyak hal lain dan melibatkan agensi penguat kuasa di situ bagi tujuan untuk dilaporkan kepada ibu pejabat SPRM,” katanya.

SPRM sebelum ini menyenaraikan 11 masalah dan kelemahan utama membabitkan Jabatan Imigresen sehingga membuka ruang kepada sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi ‘counter setting’.

Azam dilaporkan berkata, masalah utama antaranya disebabkan kelonggaran dalam aspek kawalan dalaman ketika bertugas yang menyebabkan pegawai imigresen mudah didekati oleh ejen sindiket.

Katanya, kelemahan lain ialah pusingan tempat kerja bagi pegawai imigresen yang bertugas di KLIA Terminal 1 dan 2 tidak sistematik.

Malah, beliau berkata, ada juga dalam kalangan pegawai imigresen yang memberi dan menerima rasuah kepada rakan sekerja mereka sendiri.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya