SDSIE bantu lonjak cukai import, eksport RM48.9 bilion

SDSIE bantu lonjak cukai import, eksport RM48.9 bilion

Cukai import eksport
ANIS Rizana Mohd. Zainudin memeriksa perbarisan ketika menghadiri Majlis Pelancaran SDSIE dekat Wisma Kastam Pulau Indah, Pelabuhan Klang di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kutipan cukai import dan eksport negara meningkat sehingga RM48.9 bilion dalam tempoh sembilan bulan pada tahun ini dengan lebihan sebanyak RM6.54 bilion daripada sasaran RM42.4 bilion.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin berkata, peningkatan tersebut susulan pelaksanaan Sistem Dokumen Sokongan Import Eksport (SDSIE) yang dibangunkan secara dalam talian.

Menurutnya, sistem tersebut menambah baik tahap kecekapan taksiran serta pelepasan kastam di pintu keluar dan masuk negara.

“Pelaksanaan SDSIE memberikan kesan yang sangat signifikan ke atas peningkatan hasil kerana ia tepat di web-based dan mempercepatkan masa.

“Ini salah faktor selain melihat semula prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keberkesanan sistem tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan SDSIE, hari ini.

Beliau menambah, sistem tersebut dibangunkan untuk mempercepatkan proses taksiran, meningkatkan hasil dan mengurangkan ketirisan dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi.

Jelas Anis Rizana, SDSIE juga dilengkapi dengan keupayaan menyimpan dokumen sokongan import eksport secara digital dan boleh diakses semula pada bila-bila masa bagi tujuan auditan.

“Sehingga kini, lebih daripada 900 buah syarikat dan ejen penghantaran yang terlibat dalam aktiviti import dan eksport di Pelabuhan Klang telah berdaftar sebagai pengguna.

“Ia juga Kita akan memperluaskan ke pelabuhan di Pulau Pinang dan Johor sebelum seluruh negara bermula Januari tahun depan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu sebanyak 5,666 kes dihasilkan bagi tempoh 1 Januari hingga 30 September lalu dengan nilai rampasan termasuk duti berjumlah RM1. 313 bilion.

“Jumlah ini menunjukkan peningkatan nilai sebanyak 48.53 peratus berbanding RM884.2 juta bagi tempoh sama pada tahun lalu. Rokok merupakan komoditi penyumbang terbesar nilai kes itu sebanyak RM437. 2juta,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya