SDG, ESG perlu jadi syarat pelaburan asing di Malaysia

SDG, ESG perlu jadi syarat pelaburan asing di Malaysia

SDG ESG
AKMAL Nasrullah Mohd. Nasir meletakkan tapak tangan pada kubik sebagai gimik perasmian Klang Sustainable Convention 2024 ESG For SDG, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pelaksanaan prinsip Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) perlu dilihat sebagai sebahagian agenda global yang dilaksanakan di negara ini bagi menarik pelaburan masuk.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, kedua konsep tersebut bukan sekadar tarikan semata-mata tetapi ia adalah syarat-syarat nyata untuk pelabur membuat pelaburan di negara ini.

“Maka sebab itu kalau kita lihat, hendak bersaing di persada antarabangsa komitmen ESG ini sangat penting. Perkara kedua, dari segi ESG itu sendiri akan memberi pulangan atau impak positif kepada kita.

“Contohnya dari segi penggunaan tenaga, bila kita menggunakan tenaga dengan lebih cekap bermaksud kita melakukan penjimatan yang boleh memanjangkan hayat mesin-mesin atau pun infrastruktur kita,”katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Klang Sustainable Convention 2024 ESG For SDG, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru menjelaskan, dalam konteks sosial pula, jika majikan menjaga hubungan yang baik dengan pekerja ia mampu meningkatkan produktiviti.

“Akhir sekali sebenarnya ikhtiar ke arah ESG mendapat sokongan daripada kerajaan. Jadi dari sudut peralihan tenaga memang kita sudah merancang merencanakan National Energy Transition Road Map yang diluncurkan Perdana Menteri tahun lepas.

“Selain itu ada juga inisiatif dan insentif disediakan oleh kerajaan bagi terus menggalakkan pemain-pemain industri untuk beralih arah kepada operasi yang memberi isyarat ESG,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya