Saya tidaklah memilih sangat - Cristina Suzanne - Utusan Malaysia

Saya tidaklah memilih sangat – Cristina Suzanne

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Cristina Suzanne, 39, memaklumkan dia bukanlah pelakon yang cerewet dan bersikap terlalu memilih tawaran lakonan yang diberikan kepadanya.

Bagi empunya nama penuh Cristina Suzanne Stockstill, setiap tawaran yang diberikan adalah rezeki yang harus disyukuri dan dipertimbangkan.

“Saya tidaklah memilih sangat, terima juga apa sahaja tawaran lakonan yang diberikan kepada saya.

“Tetapi, saya akan terima yang sesuai dengan kemampuan. Ambil watak yang selesa saya lakonkan.

“Kalau pun saya perlu bersikap selektif, mungkin mengenai bayaran. Lakonan ini memerlukan permainan emosi yang berat. Jadi, seharusnya bayaran yang diberikan setimpal dengan kualiti kerja yang dipersembahkan,” katanya.

Cristina berkata demikian ketika ditemui selepas sidang akhbar filem Babah, semalam.

Dalam masa yang sama, pelakon berdarah kacukan Melayu dan Jerman ini memaklumkan ada sebab dia mengutamakan kesesuaian watak sebelum menyatakan persetujuan terhadap sebarang tawaran lakonan yang diberikan kepadanya.

“Kalau boleh, saya mahukan watak yang memberi impak, yang membolehkan saya belajar banyak perkara sepanjang melakonkannya.

“Lebih penting lagi watak itu harus ada transisinya, yang mendatangkan ilmu.

“Dan paling penting ikut kemampuan. Ada juga watak yang saya tolak, tapi secara baik,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya