Saya terima Allah tetapkan jodoh kami tak panjang - Fattah Amin - Utusan Malaysia

Saya terima Allah tetapkan jodoh kami tak panjang – Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Meskipun menyimpan sejuta emosi dalam diri mengenai keruntuhan rumah tangganya dengan Nur Fazura, pelakon, Fattah Amin, 34, bagaimanapun mengakui reda dengan ketentuan Allah.

Menurut Fattah, dia tidak menyesali ditakdirkan berkahwin dengan Fazura dan menganggap semua ini merupakan satu ketetapan jodoh yang ditakdirkan buat mereka berdua.

“Kita tidak tahu jodoh kita, dengan siapa yang kita akan jumpa. Sudah dijodohkan saha dengan dia, saya terima.

“Tetapi Allah sudah tetapkan jodoh kami tak berpanjangan, sampai di situ sahaja. Saya reda. Namun doakan yang terbaik untuk saya,”katanya.

Selain itu, ditanya sama ada dia akan meneruskan usaha untuk memujuk bekas isterinya itu selepas ini, Fattah bagaimanapun selesa menyerahkan perkara itu kepada takdir.

Baginya, usaha pujuk-memujuk ini harus datang daripada kedua-dua pihak.

“Kita tengoklah macam mana sebab usaha pujuk ini tak jadi kalau cuma di sebelah pihak sahaja.

“Dia kena ada usaha daripada dua belah pihak. Saya juga masih sayangkan dia sebagai seorang insan yang pernah hadir dalam hidup,”katanya.

Tedahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya