Saya sudah cuba memujuk tetapi dihalang - Fattah Amin

Saya sudah cuba memujuk tetapi dihalang – Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon, Fattah Amin menegaskan dia telah berusaha memujuk bekas isterinya, Nur Fazura, sepanjang berhadapan kemelut rumah tangga mereka.

Menurut Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dia bagaimanapun terkilan kerana segala usahanya untuk bertemu dengan Fazura telah dihalang pihak tertentu.

“Hampir setiap hari saya berusaha untuk hubungi Fazura, panggilan tak pernah dijawab, WhatsApp susah nak jawab.

“Cuba tengok WhatsApp dia saya pujuk, text dia macam mana. Saya ada datang rumah untuk pujuk tapi saya dihalang untuk masuk ke rumah.

“Apa yang saya kesali adalah anak saya, dia tidak sepatutnya menerima keadaan seperti ini dalam keadaan dia umur masih 4 tahun, namun dia terpaksa menerima keadaan sebegini,”katanya.

Fattah berkata demikian semasa ditemui usai sesi kedua prosiding perceraian antaranya dengan Fazura.

Selain itu, Fattah berkata, lebih menyedihkan, dia sehingga terpaksa menipu anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya kerana sejak dua bulan lalu telah tinggal berasingan dengan Fazura.

“Cakap pasal anak memang saya sedih, sebab apabila Fatima jumpa saya memang dia gembira, dia nak saya balik rumah, dia nak main dengan Daddy dia.

“Dia nak tengok daddy dan mummynya bersama.

“Saya terpaksa tipu dia, saya cakap saya nak keluar rumah ini sebab saya kerja. Dia menangis, tak nak lepaskan saya,”katanya dalam nada sebak.

Tedahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN