Saya rawat hormon bukan untuk jadi muda - Ella - Utusan Malaysia

Saya rawat hormon bukan untuk jadi muda – Ella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ratu Rock Malaysia, Ella, menegaskan keputusannya untuk meneruskan rawatan hormon yang dimulakannya sejak beberapa tahun lalu bukan untuk menolak penuaan.

Sebaliknya, Ella mengambil keputusan itu untuk kekal sihat dan cergas pada usia yang menghampiri 60 tahun.

“Jujur cakap, bukan saya nak jadi muda. Tua itu pasti. Saya cuma mahu kekal sihat dan steady.

“Saya sendiri rasakan perubahan selepas satu tahun jalani rawatan ini,” katanya yang ditemui pada sidang media Skyhill Clinic terima pengiktirafan Malaysia Book of Records, baru-baru ini.

Skyhill Clinic mencipta sejarah apabila diiktiraf sebagai klinik paling banyak melakukan pemeriksaan hormon di Malaysia dengan lebih 1607 pemeriksaan dalam tempoh satu tahun.

Ella, menarik nafas lega kerana keputusan membuat pemeriksaan dan rawatan berkenaan membawa kesan positif kepada tahap kesihatan dan kecergasannya sekarang.

“Ada sebab kenapa saya buat rawatan hormon. Sebelum ini, luaran saya kelihatan okey, hakikatnya, dalaman saya tak selesa dan selalu tak gembira.

“Saya juga sering lesu dan keletihan sampaikan pernah paksa diri untuk bekerja. Ketika itu saya tak tahu apa puncanya.

“Saya dan suami, Azhar Husaini Ghazali akhirnya buat keputusan untuk lakukan pemeriksaan. Barulah saya tahu saya alami masalah hormon yang sebelum ini mengganggu kehidupan saya,” kongsinya.

Tambah Ella lagi, gara-gara rawatan itu dan penjagaan pemakanan, berat badannya menurun pada tahap sihat dan ideal.

“Kesan positif saya rasakan selepas satu tahun jalani rawatan. Makan semua vitamin yang doktor sarankan dan istiqomah dengan rutin yang ditetapkan.

“Dan saya juga berjaya turunkan hanpir separuh berat badan, dari 60 kilogram (kg), kepada 49 kg. Ini semua hasil penjagaan pemakanan yang saya amalkan.

“Saya sendiri boleh rasakan perubahan diri saya. Tak mudah letih, beraksi atas pentas lebih dua jam pun masih bertenaga,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya