Saya nampak sisi berbeza Ramli MS sejak ada Nur Izzara - Alyah - Utusan Malaysia

Saya nampak sisi berbeza Ramli MS sejak ada Nur Izzara – Alyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya nampaklah sisi berbeza dia bila ada kehadiran Izzara.”

Demikian kata penyanyi Datin Alyah yang berkongsi kehidupan terkini bersama suaminya, Datuk Ramli MS sejak ada kehadiran anak angkat mereka, Nur Izzara.

Menurut Alyah, puteri kesayangannya itu lebih rapat dan manja dengan suaminya, Ramli atau lebih mesra disapa sebagai Tok Ram yang sebelum ini peribadinya kelihatan serius dan tegas.

“Izzara lebih rapat dengan Tok Ram. Tidur pun dengan dia. Tapi mak saya selalu pesan untuk luangkan masa juga dengan anak.

“Sekarang, kalau ayah dia pergi kerja untuk tempoh yang sangat lama, anak saya akan meragam. Sampailah pembantu rumah saya suruh ambil baju Tok Ram baru dia boleh tidur dan tenang.

“Tok Ram pun sekarang nampak lebih kerap keluar masuk bilik untuk melihat si kecil itu. Kalau tidak, akan duduk saja dalam studio buat kerja,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Alyah berkata demikian ketika ditemui di majlis Twomee Road Tour Makeup Class, di sini, pada Sabtu lalu.

Tambah Alyah, kehadiran Izzara turut mengubah kehidupannya 100 peratus dan menganggap itu adalah anugerah yang tidak ternilai buat mereka.

“Kehidupan kami memang berubah 360 darjah sejak kehadiran si kecil itu. Memang waktu tidur saya pun tidak menentu tapi pada saya, itulah hadiah yang tiada nilai untuk saya.

“Cuma, daripada segi kerja saya kena aturkan betul-betul. Saya tidak mahu klien saya susah dan tidak selesa jika saya perlu bawa anak ke tempat kerja. Itulah cabaran saya,” jelasnya.

Pada Jun lalu, Alyah dan Ramli mengumumkan mereka sudah mengambil Nur Izzara sebagai anak angkat menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Untuk info, Alyah dan Ramli telah mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN