Saya nak jadi artis versatil – Yonnyboii - Utusan Malaysia

Saya nak jadi artis versatil – Yonnyboii

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tampil dengan genre yang berbeza daripada naskhah-naskhah sebelum ini telah membawa corak baharu dalam karier nyanyian bintang rap ini.

Meletakkan eleman balada melalui naskhah baharu bersama gitaris kumpulan Barbarik iaitu Jobranko dalam projek terbarunya iaitu Nadi, Yonnyboii semakin menyerlah dalam menjadi artis versatil.

Bagi Yonny atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 26, menjadi artis yang versatil harus berani untuk bereksperimentasi dengan karya-karya yang dihasilkan.

“Saya sendiri datang daripada muzik alternatif, membesar dengan band dan juga rapper. Jadi, saya teringin nak bereksperimen dengan karya saya dalam industri seni.

“Saya puas hati dengan apa yang saya buat sekarang ini, terutamanya lagu baharu yang telah saya buat dengan Jobranko.

“Lagu Nadi asalnya macam kosong sikit tapi lepas Jobranko masuk dan bagi sedikit eleman daripada dia. Saya rasa lagu ini boleh pergi jauh,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.
Mengakui agak sukar untuk membawa genre balada, penyanyi Salahku itu telah membuat beberapa persediaan seperti menghadiri kelas vokal untuk memberikan persembahan yang baik kepada peminat.

“Saya pergi ke kelas vokal Cikgu Syafi untuk mantapkan lagi nyanyian sebagai persediaan. Lagu ini pun banyak saya bawakan di persembahan sebab nak selalu berlatih.

“Dulu dia ajar teknik untuk kekalkan suara di atas pentas tetapi sekarang ilmu menyanyikan lagu balada pula.

“Melodi rap berbeza ngan balada, sangat berlainan, jadi saya agak sukar sedikit untuk membawa perubahan ini. Tidak dilupakan juga, saya masih kena kekalkan jiwa ‘Yonnyboii’ walaupun dalam melodi yang lain daripada selalu supaya peminat boleh kenal saya,” kongsinya.

Penerimaan peminat
Dalam pada itu, ditanya mengenai penerimaan peminat, kata Yonny, ramai peminat memberikan reaksi yang berbeza ketika di melancarkan single itu tapi semuanya masih dapat menerima dan memberikan komen yang positif.

“Ada peminat yang cakap ini sesuatu yang baharu dan ada yang cakap ini lebih kurang sama sahaja seperti lagu saya yang lain macam sedih-sedih, suram.

“Tapi perubahan yang saya berikan ini membawa saya kepada orang-orang baharu. Oleh itu, saya dapat banyak komen-komen yang positif.

“Peminat-peminat saya sangat positf, mereka dengar sahaja lagu yang saya hasilkan. Cuma bagi saya, peralihan daripada hip hop ke rock dan badala ini agak lain sikit tapi kebanyakan mereka cakap sedap,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, bapa kepada seorang cahaya mata itu, sudah tiba masanya untuk mengubah konsep nyanyian kerana tidak mahu untuk membawa konsep sedih sepanjang kariernya.

“Kalau boleh, saya pun nak tukar corak dan konsep nyanyian daripada sedih dan suram kepada sedih yang semangat untuk berubah yang lebih baik kerana konsep sebegini terlampau negatif.

“Saya ubah kepada itu, kalau boleh. Saya suka lagu sedih tetapi saya nak cuba sesuatu yang baharu yang saya boleh layan sekali tetapi bukan yang selalu saya buat.

“Sebab sebelum ini saya banyak lempar perasaan dekat orang, jadi benda itu sangat penat. Jadi sekarang saya lebih fokuskan kepada diri sendiri dan perkara yang positif.

Sementara itu, dilihat dunia genre rap semakin diterima dalam industri dan masyarakat, bagi Yonny peluang penyanyi rap untuk memenangi anugerah sebegitu tidak mustahil kerana semua genre sudah mendapat layanan yang sama dalam masyarakat.

“Bagi saya peluang untuk rapper memang itu ada. Sekarang dah 2024, saya tidak nampak perbezaan genre yang ketara sekarang dalam industri tanah air sekarang.

“Saya nampak rap masih hidup dalam radio dan orang masih dengar sampai sekarang. Semua sudah diangkat dan orang terima sahaja,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya