Saya masih simpan satu rahsia besar dia - Fattah Amin

Saya masih simpan satu rahsia besar dia – Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon, Fattah Amin, 34, berkata dia ada satu rahsia besar mengenai bekas isterinya, Nur Fazura.

Dalam nada kecewa, Fattah berkata dia memilih untuk tidak membuka pekung Fazura kerana menghormati perjanjian yang termaktub dan dipersetujui di mahkamah.

“Saya pun ada tahu satu benda fasal dia tetapi kami dah bersetuju untuk tidak mahu buka aib masing-masing.

“Saya pun dah bersetuju tidak memfailkan nusyuz (langgar perintah), jadi jangan buat perkara begini (buka aib),” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam hari ini.

Pelakon filem Trinil itu malah berharap perkara yang mencetuskan spekulasi liar atau yang boleh membuka aib tidak sebarkan kepada pihak luar.

Jelas Fattah, dia enggan puteri kesayangan mereka, Nur Fatima Aisya berdepan perasaan tidak selesa apabila sudah dewasa  terutama apabila sudah pandai membaca dan memahami apa yang berlaku antara ibu bapanya

“Memalukan kita semua terutamanya anak saya nanti dia besar tengok mummy dan daddy dia bergaduh, saya tak nak dan kasihankan dia,”katanya.

Hari ini, perkahwinan Fattah dan Fazura ternokhtah sebaik aktor itu melafazkan talak satu ketika prosiding kedua sebutan permohonan cerai yang diajukan bekas isterinya.

Selepas sah bercerai, Fazura mengesahkan spekulasi yang pernah dinafikan iaitu Fattah berlaku curang selain culas menunaikan tanggungjawab.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dengan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia empat tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN