Saya masih berhubung dengan Syamsul sebagai kawan - Ira Kazar - Utusan Malaysia

Saya masih berhubung dengan Syamsul sebagai kawan – Ira Kazar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Kami masih berhubung dan berkongsi pandangan mengenai perkara-perkara tertentu.”

Demikian kata bekas isteri kepada pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, Ira Kazar yang memaklumkan hubungan mereka masih dalam keadaan baik walaupun sudah bercerai.

Menurut Ira, meskipun mereka tidak lagi bergelar suami isteri tidak semestinya dia harus bermusuh dengan Syamsul yang kini dianggap sebagai kawan.

“Kami sedar tidak semua hubungan berjalan seperti yang dirancang. Namun, itu tidak bermakna kami harus bermusuh. Hubungan kami sekarang lebih kepada rakan,” katanya.

Tambah Ira, dia dan Syamsul berhak untuk mendapat kebahagiaan masing-masing agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenang dari segi mental dan emosi.

“Kami berdua layak untuk kebahagiaan masing-masing. Saya dan Syamsul nak lalui kehidupan dengan tenang.

“Orang luar tidak akan memahami sepenuhnya apa yang berlaku, jadi lebih baik kita fokus kepada apa yang penting dalam hidup kami,” katanya.

Selain mahu meneruskan kehidupan dengan positif, anak kepada pelakon senior, Kazar Saisi itu turut mendoakan yang terbaik untuk bekas suaminya, Syamsul.

Sementara itu, Ira memaklumkan dirinya sedang sibuk meniti kerjayanya sebagai penyanyi selepas menghasilkan single duet bersama Alan D yang berjudul Tak Kisah.

“Saya mahu teruskan hidup dan fokus kepada kerjaya. Banyak perkara positif yang saya nantikan.

“Apa yang penting, kita semua belajar daripada pengalaman dan terus bergerak ke depan. Saya doakan yang terbaik untuk Syamsul dan saya pasti dia juga mendoakan yang sama untuk saya,” katanya.

Terdahulu, Syamsul dan Ira telah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, pada 5September lalu.

Hakim Syarie, Mohd Faizal Habib mengesahkan perceraian itu selepas wujudnya lafaz taklik ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Sekadar info, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN