Saya juga bekas graduan, setiap universiti ada cara sendiri - Aina Abdul - Utusan Malaysia

Saya juga bekas graduan, setiap universiti ada cara sendiri – Aina Abdul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Di saat video ‘prank’ fasilitator di sebuah institusi pengajian menjadi sorotan, penyanyi, Aina Abdul berpendapat setiap universiti mempunyai cara tersendiri untuk mengendalikan minggu orentasi untuk menyambut kedatangan pelajar baharu.

Menurut Aina, apa yang lebih penting bagi setiap pelajar perlu mengutamakan pelajaran dan membuat perkara yang dapat menggembirakan sepanjang menuntut ilmu di sesebuah institusi.

“Saya percaya setiap universiti ada cara tersendiri untuk mengendalikan minggu orientasi. Saya juga bekas graduan universiti, jadi apabila saya melangkah ke dewan melihat pelajar baharu mendaftar, saya terkenangkan diri sendiri yang pernah menghadapi situasi sama.

“Bagi saya, apa yang penting adalah pelajaran. Saya berharap pelajar baharu dapat belajar dengan bersungguh-sungguh selepas tamat minggu orientasi. Itu lebih utama. Tak kisah apa sahaja cita-cita anda, sila utamakan pelajaran dan buat perkara yang dapat menggembirakan diri anda,” katanya.

Sebelum ini, tular sebuah video Aina membuat persembahan di Minggu Aluan Pelajar, majlis orientasi mahasiswa baharu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di platform TikTok sekaligus meraih perhatian ramai.

Mengulas mengenai video yang tular tersebut, Aina amat berbesar hati dapat membuat persembahan di institusi tersebut meskipun tidak menyangka hantaran itu meraih perhatian ramai.

Tambah Aina, dia juga berpeluang untuk mempromosikan konsertnya, Aina Abdul Imaji Tour yang bakal berlangsung di UNIMAS, Kota Samarahan pada 14 Disember ini.

“Sejujurnya, saya tak sangka video persembahan saya tular. Saya berbesar hati dapat menghiburkan pelajar baharu yang mendaftar di UNIMAS.

“Mereka memberikan sambutan yang sangat baik dan saya gembira dapat menghiburkan mahasiswa UNIMAS,” jelasnya.

Terdahulu, video bertajuk ‘POV: Beza Orientasi di IPTA Sarawak dengan yang lain’ yang dikongsikan oleh Dr Ash Zafrel mendapat perhatian ramai dan tular di platform TikTok.

“Tiada jeritan abang kakak fasi (fasilitator), sini artis datang buat surprise dik,” tulisnya di ruangan kapsyen. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya