'Saya Hasmah, bukan Siti Hasmah'

‘Saya Hasmah, bukan Siti Hasmah’

DR. HASMAH MOHAMAD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali mendedahkan nama sebenarnya adalah Hasmah dan bukannya Siti Hasmah.

Dr. Hasmah ketika temubual dalam podcast ‘Coffee with Ryan’ yang disiarkan dalam Instagram Pusat Perubatan Prince Court berkata, tambahan ‘Siti’ diberikan selepas beliau dan suaminya iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpindah dari Alor Setar, Kedah ke Kuala Lumpur.

“Saya perlu betulkan, saya bukan Siti. Saya tidak dilahirkan sebagai Siti Hasmah. Saya hanya lahir sebagai Hasmah.

“Ada Siti Nurhaliza, ada Siti itu, ada Siti ini (pada ketika itu). Jadi mereka letakkan nama Siti di depan nama saya. Tetapi saya tidak (Siti Hasmah), saya hanya Dr Hasmah,” tambah wanita berusia 98 tahun itu dalam podcast yang dihoskan Pakar Perunding Gastroenterologi Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr Ryan Ponnudurai.

Selain pendedahan tersebut, podcast turut menampilkan Dr Mahathir antara lain membincangkan mengenai aspek kesihatan dan rahsia kebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut.

Sehubungan itu, Dr Hasmah meminta orang ramai supaya tidak memanggilnya dengan ‘Siti’.

Beliau dan Dr Mahathir sudah berkahwin selama 68 tahun. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956.

Mereka berpindah ke Alor Setar selepas mendirikan rumah tangga sebelum kembali menetap di Kuala Lumpur.

Dr Hasmah juga adalah doktor perubatan wanita pertama di Malaysia, juga isteri Perdana Menteri keempat dan ketujuh. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN