Saya dan Bella tiada kena mengena - Didi Astillah

Saya dan Bella tiada kena mengena – Didi Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyanyi, Didi Astillah menegaskan dia dan kakaknya, Bella Astillah, tiada kena mengena dengan pengunduran penyanyi, Stacy Anam daripada konsert A Night With Sumandak Stars.

Pelik namanya dan Bella dikaitkan, Didi menjelaskan mereka hanya dilamar untuk membuat persembahan dan tiada kena mengena dengan pengurusan mahupun penganjur.

“Saya pelik sebab saya dan Bella tiada kena mengena, bukan kami anjurkan program ini. Kami hanya artis jemputan.

“Bella juga dipanggil untuk bernyanyi, kami anggap ini rezeki untuk sama-sama membuat persembahan dengan artis lain, tidak kisahlah siapa orang itu.

“Sekali lagi saya ulang, saya dan Bella tiada kena mengena dalam soal pengurusan dan penganjur,” katanya ketika ditemui dalam sidang media konsert minggu pertama Famili Duo di Glanmarie, semalam.

Didi berkata demikian setelah namanya dan Bella dikaitkan dengan pengunduran Stacy daripada konsert itu yang dijadualkan berlangsung bulan hadapan.

Tambah Didi, dia hanya dimaklumkan mengenai pengunduran Stacy melalui media sosial.

Bagaimanapun, dia menyerahkan kepada pihak penganjura untuk memberi penjelasan.

“Saya dapat tahu mengenai perkara ini juga melalui media sosial kerana sibuk membuat persiapan untuk Famili Duo.

“Saya tidak tahu, dan tiada kena mengena kerana ia antara pihak pengajur. Saya hanya datang menyanyi kerana dibayar.

“Gambar saya di poster ada atau tidak pun ditentukan penganjur.

“Saya banyak fikirkan mengenai Famili Duo. Perkara mengenai konsert biar pihak penganjur yang jelaskan,” katanya.

Stacy pada minggu lepas mengumumkan menarik diri daripada konsert A Night With Sumandak Starts kerana pihak penganjur dikatakan tidak mematuhi syarat ditetapkan.

Dedah Stacy, nama asal konsert tersebut Bella and Friends.

Konsert yang sepatutnya menghimpunkan barisan penyanyi seperti Bella Astillah, Marsha Milan, Adira Suhaimi, Stacy Anam, Nikky Palikat, Wani Kayrie dan Didi Astillah bakal berlangsung 30 November di Zepp KL.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN