‘Saya bukan perempuan yang boleh bermadu’ - Utusan Malaysia

‘Saya bukan perempuan yang boleh bermadu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AJAL, rezeki dan jodoh memang rahsia Allah. Tapi siapalah kita untuk menghakimi jika memang sebahagian lelaki ditakdirkan mempunyai lebih daripada seorang isteri. Begitu juga dengan wanita yang rela memegang status ‘bini ekspres’ dengan menyandang gelaran isteri muda.

Apapun, hidup ini selalu membentangkan pilihan. Jika itulah keputusan yang diambil sesetengah orang, mereka harus sedia menelan pahitnya dugaan. Bagi pelakon, Elvina Mohamad, bermadu atau dimadukan tidak pernah ada dalam kamus hidupnya.

Baginya, hidup berpasangan sahaja sudah penuh cabaran, apatah lagi jika suami mahu mempunyai lebih daripada seorang isteri. Lebih berganda masalah yang perlu dihadapi.

“Tidak ada perempuan yang mahu hidup bermadu. Saya tidak boleh bermadu. Dapat pula madu yang berperangai suka memanipulasi. Andai kata ada yang beranggapan poligami dilakukan untuk membantu seorang perempuan, ada banyak lagi yang boleh dilakukan untuk tolong mereka selain berkahwin.

“Ada yang fikir, jika berkahwin sahaja akan selesai masalah. Tapi sebenarnya, kita akan hadapi lebih banyak tanggungjawab. Ketika itu kita akan sedar tidak semuanya indah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Malah, Elvina atau Norzalina Mohamad, 29, turut berpandangan mustahil bagi seorang lelaki boleh melayani dan membahagikan perasaan sama adil kepada semua isterinya.

“Sebagai isteri, awalnya kita akan rasa okey sahaja sebab suami boleh luangkan banyak masa bersama isteri lain. Tapi lama kelamaan, kita akan makan hati juga dan mula terbit perasaan cemburu.

“Saya tidak rasa lelaki boleh menjadi adil. Kalau ada pun, ia macam satu dalam seribu. Dalam cerita yang saya lakonkan, Tenyata Sebuah Bahagia ada tunjukkan bagaimana sebuah keluarga itu bertukar menjadi penuh bermasalah kerana poligami,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai penggambaran drama 40 episod yang berlangsung selama hampir tiga bulan, Elvina bersyukur kerana pihak produksi bersetuju memberi cuti sehari setiap minggu yang membolehkannya meluangkan masa bersama dua orang anaknya, Karl Mateen dan Ean Maleeq.

Walaupun sibuk mengejar impian dan membina kerjaya, Elvina tidak mahu anak-anaknya rasa kehilangan sosok seorang ibu sepanjang mereka membesar.

“Banyak masa bersama anak-anak saya korbankan demi sebuah karya. Oleh itu, setiap kali habis satu projek penggambaran. Saya akan ambil cuti dua bulan untuk bersama anak-anak,” katanya.

Sebelum ini, pelakon asal Teluk Intan, Perak itu pernah mendedahkan berdepan situasi cemas apabila anaknya ditinggalkan oleh pengasuh yang melarikan diri secara tiba-tiba.

“Walaupun situasi itu masih bermain dalam kepala, tapi saya tidak boleh kata kami serik. Saya dan suami masing-masing sibuk jadi mahu atau tidak, memang kami kena upah pengasuh.

“Tapi syukurlah sebab anak sulung saya sudah besar. Jadi setiap hari, saya akan tanya bagaimana harinya dan minta dia bercerita kalau-kalau pengasuh atau lakukan sesuatu tidak diingini. Selain itu, sepupu saya juga selalu datang kerumah dan tengokkan anak-anak,” jelasnya.

Untuk rekod, Elvina berkahwin dengan suami yang juga usahawan permotoran, Datuk Mohd Haniff Borhan pada 2018. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Karl Mateen, 6, dan Ean Maleeq, 1,

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN