KUALA LUMPUR: Seminggu sebelum Mahkamah Tinggi di sini membuat keputusan sama ada akan memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak membela diri atau tidak bagi kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion, bekas Perdana Menteri itu semalam membuat permohonan maaf. Dalam kenyataan yang dibacakan oleh anaknya, Datuk Mohamad Nizar, bekas Ahli Parlimen Pekan itu menyatakan rasa terluka kerana penyelewengan itu berlaku ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Bagaimanapun, Najib masih mengekalkan pendirian tidak bersalah, sebaliknya mendakwa turut ditipu oleh ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya