SATU pasang sistem solar di tiga loji rawatan air di Terengganu - Utusan Malaysia

SATU pasang sistem solar di tiga loji rawatan air di Terengganu

ABDUL Karim Endut (dua dari kanan) dan Zulkifli Ali (dua, kiri) menunjukkan dokumen MoU yang dimeterai antara SATU dan GSPARX untuk melaksanakan projek pemasangan solar di tiga loji rawatan air di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) menyediakan memperuntukkan hampir RM8 juta untuk melaksanakan projek pemasangan sistem solar dan penyelenggaraan selama lima tahun di tiga loji rawatan air di negeri itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU), Abdul Karim Endut berkata, projek pemasangan solar itu adalah hasil kerjasama strategik dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya, GSPARX Sdn. Bhd.

Menurutnya, projek itu akan melibatkan tiga loji terbesar daripada 15 loji milik SATU yang ada di seluruh Terengganu.

“Tiga loji tersebut ialah Loji Rawatan Air Bukit Sah di Kemaman dengan pemasangan sistem solar berkapasiti 508 kWp, Loji Rawatan Air Kepong I & II di Kuala Terengganu (1275 kWp) dan Loji Rawatan Air Hulu Terengganu (542 kWp).

“Dengan kapasiti penjanaan tenaga sebanyak 2.325 MWp, kemudahan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dalam penyediaan air terawat yang bersih dan selamat kepada masyarakat Terengganu, serta meminimakan kesan terhadap alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pembelian Terus bagi Tenaga Boleh Diperbaharui di antara SATU dan GSPARX, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, SATU diwakili Abdul Karim dan GSPARX diwakili Pengarah Urusannya, Elmie Fairul Mashuri menandatangani perjanjian itu serta disaksikan Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, Datuk Zulkifli Ali.

Mengulas lanjut, beliau berkata, projek pemasangan solar di tiga loji tersebut tersebut mampu memberikan manfaat yang signifikan kepada SATU sekaligus menyambut hasrat kerajaan untuk kelestarian alam sekitar.

“Dalam tahun pertama sahaja, penjimatan dianggarkan mencapai RM1.18 juta, dan dalam tempoh 25 tahun, jumlah penjimatan dijangka dapat mencapai RM26.89 juta.

“Selain itu, projek ini dijangka mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 1,938.09 metrik tan setiap tahun, yang bersamaan dengan manfaat ekologi dari 1,072 hektar hutan yang disimpan setiap tahun, ” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya