Sanggup ‘hangus’ RM18,000 asalkan motosikal laju boleh 'terbang'

Sanggup ‘hangus’ RM18,000 asalkan motosikal laju boleh ‘terbang’

ANTARA motosikal yang disita dalam Op Patuh yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Hanya kerana mahu kelihatan hebat apabila memperagakan aksi ‘Superman’ atau zig-zag’ di atas jalan raya, ada individu sanggup berhabis sehingga RM18,000 asalkan motosikal ditunggang mereka laju.

Namun tindakan mereka memakan diri apabila ditahan polis Op Patuh di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, seramai 25 pengguna jalan raya termasuk pemandu mabuk dan samseng jalanan ditahan dalam operasi berkenaan sepanjang Januari sehingga awal Oktober ini.

Katanya, operasi itu memfokuskan kepada enam kesalahan utama yang sering dilakukan pengguna jalan raya di daerah ini termasuk pemandu mabuk dan samseng jalanan.

“Menerusi operasi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu pejabat Polis  Daerah (IPD) Segamat kami menahan 25 individu lelaki warga tempatan berusia antara 14 tahun hingga 50-an.

“Tangkapan ini membabitkan enam kes mabuk, 17 samseng jalanan, satu nombor pendaftaran palsu manakala satu lagi bagi kesalahan memiliki kenderaan curi.

“Hasil risikan pihak JSPT Segamat mendapti, ada yang sanggup berhabis sehingga RM18,000 asalkan motosikal menajdi demi mencapai kepuasan diri dan kelihatan hebat apabila beraksi ‘Superman’ dan ‘zig-zag  di jalan raya.

“Biasanya aksesori yang sering ditukar samseng jalanan ini ialah sport rim, tayar sotong, coverset, sprocket, swing arm, ECU (Electronic Control Unit) dan ekzos mampu mengeluarkan api.

“Motosikal yang sering diubah suai antaranya Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135LC,” katanya ketika di temui di IPD Segamat hari ini.

Menurut Ahmad Zamry, sepanjang tempoh 200 siri operasi itu, pihaknya mengeluarkan saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas sekitar Segamat.

“Sebanyak 16,918 keping saman dikeluarkan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas pelbagai kesalahan manakala sebanyak 91 motosikal dan kenderaan disita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya