‘Sampai bila nak jadi parti ‘sloganis’?’

‘Sampai bila nak jadi parti ‘sloganis’?’

MOHD. PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas disifatkan sebagai parti slogan yang hanya sesuai menggalas peranan sebagai pembangkang dan bukannya kerajaan di peringkat Persekutuan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tidak mustahil untuk Pas kembali ke tampuk kuasa di peringkat Persekutuan.

Bagaimanapun, kata beliau, cara berpolitik parti tersebut menyukarkan mereka mencapai matlamat itu.

“Pas bergabung dengan parti Melayu yang bergantung kepada kekuatan Pas sendiri, Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) makin malap kerana gagal mengganti UMNO. Pas perlu sokongan bukan Melayu, sedangkan Gerakan hanya parti nyamuk.

“Justeru sampai bila Pas menjadi parti sloganis? Pas kata ‘Bukan budaya Pas cakap kasar, sakitkan hati jika tak setuju’. Tetapi pemimpin Pas suka keluar kata kesat seperti bodoh, dajal dan syaitan bisu. Menteri Besar Selangor dihina ‘tidak cukup inci’.

“Lebih baik Pas kekal sebagai parti ‘semak dan imbang’ sahaja,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sifat caci mencaci pihak lain bukan budaya parti tersebut.

Katanya, Pas menerapkan pendekatan untuk tidak menggunakan bahasa kasar dan menyakitkan hati sekiranya tidak bersetuju dengan mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Mohd. Puad berkata, Pas gagal membuktikkan slogannya sama ada di peringkat kerajaan negeri mahupun Persekutuan.

“Antara slogan Pas ialah ‘Membangun bersama Islam’ dan ‘Islam memimpin’ tetapi Pas gagal membuktikannya walaupun memerintah Kelantan begitu lama.

“Alasan Pas ialah ia dihalang oleh kerajaan Pusat. Pas pernah duduk dalam kerajaan Pusat semasa dalam Perikatan Nasional (PN), itu pun Pas gagal bukti apa apa melalui jawatan menteri yang mereka pegang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya