Sambutan ulang tahun kedua Kerajaan Madani 22 November

Sambutan ulang tahun kedua Kerajaan Madani 22 November

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Perpaduan akan menganjurkan sambutan 2 Tahun Kerajaan Madani yang dijangka diadakan pada 22 hingga 24 November depan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur.

Jurucakap Kerajaaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu telah diputuskan dan dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, sambutan dua tahun Kerajaan Madani pada hari berkenaan dipilih bersempena tarikh Perdana Menteri mengangkat sumpah pada 24 November 2023.

“Jadi, perinciannya akan diumunkan kemudian,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, semua barisan Kabinet dan Kerajaan Persekutuan turut diminta memberi sokongan kepada Sabah menerusi pelaksanaan Persidangan Antarabangsa Ekonomi Biru Sabah 2024.

“Perdana Menteri menegaskan bahawa jemaah menteri dan pihak Kerajaan Persekutuan harus memberi sokongan padu kepada usaha kerajaan Sabah.

“(Konsep ini) bagi memanfaatkan sumber yang ada untuk membantu kerajaan Sabah mengimplementasi atau melaksanakan konsep ekonomi biru melibatkan hasil mahsul laut,” katanya.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, konsep itu bukan sahaja melibatkan aspek perikanan, tetapi meliputi sumber mineral serta potensi tenaga boleh baharu.

“Jadi, ini arahan Perdana Menteri kepada jemaah menteri bagi menyokong usaha membangunkan ekonomi negeri Sabah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya