Sambutan hari jadi bertukar tragedi, pelajar tingkatan lima lemas

Sambutan hari jadi bertukar tragedi, pelajar tingkatan lima lemas

Pelajar lemas
POLIS memeriksa keadaan mayat seorang remaja yang maut akibat lemas selepas mandi dekat pantai berhampiran Bahagian 7, Pulau Carey, Teluk Panglima Garang di Kuala Langat, Selangor, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menemui ajal selepas mandi laut bersama rakannya dekat kawasan berhampiran Bahagian 7, Pulau Carey di Teluk Panglima Garang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 kira-kira pukul 7.19 malam.

Menurutnya, pada awalnya polis aduan berkenaan kehilangan remaja berusia 17 tahun itu yang pergi ke tempat kejadian untuk menyambut hari lahir rakannya.

“Kemudian mangsa bersama tiga lagi rakannya mandi di pantai. Mangsa pula berendang di kawasan alur air laut walaupun sudah ditegah oleh rakan-rakannya yang lain.

“Namun, kira-kira 15 minit kemudian, rakan-rakannya mendapati mangsa tiada dan disyaki dibawa oleh arus air laut. Bagaimanapun, mangsa dijumpai kira-kira pukul 3.15 awal pagi tadi,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Jelasnya, siasatan awal dan pemeriksaan fizikal terhadap mangsa mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Banting untuk bedah siasat.

“Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut (SDR),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya