Salur peruntukan Belanjawan 2025 secara adil - Utusan Malaysia

Salur peruntukan Belanjawan 2025 secara adil

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Kerajaan Terengganu berharap peruntukan Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober depan akan disalurkan secara adil untuk semua negeri.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pengagihan hasil negara harus seimbang terutama untuk negeri yang memerlukan hasil yang lebih akibat jurang atau ketidakseimbangan pembangunan.

“Kita berharap kerajaan pusat lihat apa sebenarnya yang berlaku dalam negara kita kepada rakyat, kepada negeri-negeri, keadilan bukan sekadar diucapkan tetapi hendaklah ditegakkan.

“Saya berharap tidak ada tindakan drastik seperti cukai-cukai baharu yang boleh menekan rakyat memandangkan mereka sekarang sudah sedia terbeban dengan kos sara hidup dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Penutup Seminar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu Penggal 2024-2026 di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, negeri-negeri pembangkang juga tidak seharusnya dipinggirkan.

“Mana-mana negeri tidak kira pembangkang atau tidak adalah negeri yang membentuk satu persekutuan yang kita namakan sebagai Malaysia.

“Hasil kerja kuat negeri-negeri dari segi perkhidmatan dan sebagainya turut menyumbang kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara, jadi kalau ada negeri-negeri yang tidak mendapat keadilan yang sewajarnya maka tentunya ianya memberi kesan kepada KDNK dan pencapaian negara kita,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya