Saksi dakwa tertuduh mahu lupus saham kepada entiti terpilih

Saksi dakwa tertuduh mahu lupus saham kepada entiti terpilih

Lupus saham
THIEN Lee Mee meninggalkan kamar Mahkamah Sesyen selepas hadir perbicaraan kes lupus harta secara tidak sah membabitkan bekas pengarah sebuah syarikat, Ng Shih Chiow, dan Ng Shih Fang, di Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Saksi Pendakwaan pertama (SP1) bagi kes lupus harta tanpa resolusi Ahli Lembaga Pengarah oleh dua pengasas bersama dan bekas pengarah Revenue Group Berhad (RGB) lima tahun lalu mengaku berlaku pertelingkahan dalaman antara antara pengarah syarikat Datuk Eddie Ng Chee Siong dengan tertuduh, Ng Shih Fang.

Di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad, saksi berkenaan, Thien Lee Mee, 39, berkata, hal itu berpunca daripada Shih Fang yang tidak bersetuju dengan cadangan penjualan saham atau bon kepada pelabur dan institusi terpilih.

Ia sebaliknya bukan di bursa awam seperti yang diusulkan oleh Eddie Ng dalam mesyuarat mesyuarat RGB International Bhd. yang diadakan pada 4 Januari 2023.

Perkara itu dibangkitkan pasukan pembelaan apabila menyentuh perkara di dalam minit mesyuarat Januari 2023 yang mana di dalam perkara 4.6 dan 4.7 tertuduh tidak bersetuju dengan cadangan agar syarikat menerbitkan Private Placement oleh Eddie Ng.

Ketika sesi soal balas oleh peguam bela, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bertanya berdasarkan minit mesyuarat yang disediakan oleh SP1, bahawa tertuduh Shih Fang menyatakan alasan mengapa dia tidak bersetuju dengan cadangan Private Placement tersebut.

Lee Mee kemudiannya membaca alasan pada perkara 4.6 dan 4.7 dalam minit mesyuarat berkenaan bantahan Shih Fang yang menolak cadangan Eddie Ng hingga menimbulkan kemarahannya.

Dia menjelaskan Shih Fang berpendapat cadangan Private Placement itu akan memberi kesan kepada harga saham syarikat melalui pencairan pegangan sahamnya kerana nilainya tidak berada pada tahap yang tinggi dan ia akan mengumpul dana yang lebih rendah.

“Ng Shih Fang berpendapat bahawa dana tersebut tidak diperlukan pada masa itu. Beliau menyatakan hutang terutamanya berpunca daripada kos bangunan syarikat kerana ia tidak banyak menyumbang kepada perolehan produktif kepada syarikat.

“Justeru, beliau menyuarakan bantahan terhadap pelaksanaan cadangan penempatan swasta tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, Lee Mee yang juga setiausaha syarikat enggan memberi komen punca pertelingkahan antara Eddie Ng dan Shih Fang.

“Saya tidak dapat komen berhubung sebab pertelingkahan itu kerana keadaan terlalu tegang ketika itu. Saya hanya catat apa yang diperkatakan dalam mesyuarat sahaja..,” katanya.

Tertuduh yang juga dua beradik itu diwakili oleh peguam Amer Hamzah Arshad dan Dzulkifli Ahmad, yang juga bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sementara perbicaraan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How, Siti Amirah Muhammad Ali dan Mohd Syahzada Azad Sanusi.

Mahkamah menetapkan perbicaraan seterusnya pada 18 Februari 2025.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, dua pengarah syarikat Revenue Group Berhad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta syarikat mereka tanpa resolusi Ahli Lembaga Pengarah, lima tahun lalu.

Ng Shih Chiow, 50, dan Shih Fang, 47, yang merupakan adik-beradik membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya