JAKARTA: Pelakon popular, Pevita Pearce, sah bergelar isteri kepada seorang jejaka asal Malaysia, Mirzan Meer.
Dalam majlis pernikahan yang dihadiri keluarga dan teman terdekat, kedua mempelai itu dilihat segak serta cantik dalam busana berwarna putih adat Melayu.
“Hari ini, dengan cinta yang damai. Juga dengan kehadiran orang yang disayang. Kami akhirnya disatukan,” tulisnya pendek menerusi sebuah kapsyen di Instagram.
Difahamkan, jejaka yang berjaya menambat hati pelakon Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck itu ialah Mirza Meer yang merupakan seorang ahli perniagaan dari Malaysia.
Perkongsian Instagram suasana sekitar majlis akad nikah perkahwinan pelakon jelita itu dibanjiri komen peminat yang rata-ratanya terkejut dengan berita tersebut.
“Pada dasarnya semua takdir Allah itu selalu baik walau saya perlu air mata untuk menerimanya.Tahniah Pev,” tulis satu komen.
“Mendoakan segala keberkatan dan limpahan bahagia untuk keluarga baharu kamu Pev. Sihat, sukses dan terus berkarya,” kata satu komen.
“Apakah ini? Tidak!,” respons lucu seorang peminat. -UTUSAN