Sabah setuju pelarasan gaji di bawah SSPA

Sabah setuju pelarasan gaji di bawah SSPA

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah bersetuju pelarasan gaji perkhidmatan awam negeri dilaksana dalam dua fasa selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bermula pada 1 Disember ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peyelarasan gaji di bawah SSPA itu akan melibatkan 21,228 penjawat awam negeri dan 2,116 pekerja sambilan harian.

Beliau berkata, Kabinet negeri bersetuju pelarasan gaji yang akan dibuat pada 1 Disember dan 1 Januari 2026 (fasa kedua).

Katanya, jumlah keseluruhan peruntukan bagi penyelarasan gaji perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian adalah RM149.12 juta.

“Kabinet juga bersetuju untuk menyelaraskan kadar gaji pekerja sambilan harian negeri kepada minimum RM1,725 sebulan serta penambahbaikan faedah sedia ada mulai 1 Disember.

“Ia selaras dengan pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Ogos lalu bahawa SSPA akan menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hajiji berkata, penyelarasan gaji itu adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian kepada agenda pembangunan negeri.

Jelas beliau, langkah itu juga dilihat akan membantu meringankan kos sara hidup harian yang semakin meningkat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya