PETALING JAYA: Peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak terus diberi keutamaan dan ia adalah yang tertinggi antara negeri iaitu masing-masing menerima RM6.7 bilion dan RM5.9 bilion.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pemberian Khas Sarawak tidak pernah dikaji sejak 1969.
“Di bawah Kerajaan Madani, tahun ini kita telah menaikkan kadar kepada RM300 juta ketimbang RM16 juta (Sarawak) dan RM125.6 juta (Sabah).
“Mulai 2025, kerajaan bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda lagi kepada RM600 juta,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN