Sabah lantik jawatankuasa kenal pasti pelajar tercicir bantuan pendidikan

Sabah lantik jawatankuasa kenal pasti pelajar tercicir bantuan pendidikan

MOHD. Arifin Mohd. Arif merakam gambar kenangan bersama pelajar yang menerima bantuan TPNS di Menara Kinabalu, Sabah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menerusi Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) melantik sebuah jawatankuasa bagi mengenal pasti mana-mana pelajar universiti yang masih belum menerima bantuan pendidikan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Exco Pendidikan Negeri, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif berkata, langkah itu penting dalam memastikan tiada pelajar Sabah dalam kalangan B40 yang tercicir daripada menerima bantuan.

Beliau berkata, sekiranya masih ada pelajar dalam kalangan B40 yang tercicir dan berhadapan masalah kewangan untuk meneruskan pengajian, pelajar atau ibu bapa pelajar boleh maklumkan kepada pejabat daerah, pejabat pendidikan daerah (PPD), ketua kampung dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat di kawasan masing-masing.

“Kita telah melakukan siri jelajah ke ke seluruh daerah di Sabah bersama-sama PPD, guru besar, pengetua serta pemimpin masyarakat dan beberapa siri penyerahan bantuan telah dilakukan. 

“Sejak awal tahun sehingga sekarang, TPNS telah membelanjakan RM9.7 juta untuk membantu 7,369 anak-anak Sabah melanjutkan pengajian,” katanya semasa penyampaian bantuan TPNS di Menara Kinabalu,  disni hari ini.

Beliau berkata demikian susulan beberapa kisah pelajar pedalaman di Sabah yang berhadapan masalah kewangan untuk mendaftar masuk ke universiti.

Dalam pada itu, mengulas tentang guru bukan beragama Islam yang mengajar tulisan jawi di Beluran, Mohd. Arifin berkata, kisah guru itu membuka mata rakyat Malaysia bahawa tulisan jawi bukan milik mana-mana agama.

“Jika dilihat pada zaman 70-an, nama-nama kedai ditulis dalam tulisan jawi dan dengan kisah guru tersebut, diharap tulisan jawi terus berkembang. Guru-guru bukan Islam amat dialu-alukan untuk mempelajari tulisan jawi sebagai salah satu cabang ilmu pengetahuan,” katanya.

Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai kisah guru berbangsa Rungus, Lorenica Frenila Masundim mengajar tulisan jawi kepada murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang, Beluran.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya