Sabah juara keseluruhan Olahraga MSSM - Utusan Malaysia

Sabah juara keseluruhan Olahraga MSSM

 KUARTET Lelaki 18 Tahun Selangor muncul juara acara 4x400 meter Kejohanan Olahraga MSSM di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sabah muncul juara keseluruhan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) yang berakhir di Stadium Perak di sini hari ini.

Kontinjen Negeri Bawah Bayu itu mengutip 23 emas, 22 perak dan 16 gangsa dengan atlet cilik Perempuan 12 tahun menyumbang 6 emas, 15 Tahun (3 emas) dan 18 Tahun (5 emas).

Selangor menduduki tempat kedua dengan mengutip 16 emas, 13 perak dan 13 gangsa.

Johor mengusai kategori Lelaki 18 Tahun dengan 6 emas untuk menduduki tempat ketiga dengan 14 emas, 10 perak dan 6 gangsa.

Sabah membuktikan kehebatannya dengan memecahkan tiga rekod kejohanan melalui acara lari berganti-ganti pada hari terakhir saingan.

Kuartet 4x200m Perempuan 12 Tahun Sabah mencipta rekod baru acara itu dengan kepantasan 1:49.76s mengatasi catatan lama 1:51.45s oleh pasukan Sabah pada 2014.

Pasukan Bumi Kenyalang itu menduduki tempat kedua manakala Selangor ketiga.

Kuartet Lelaki 12 Tahun 4x200m mereka kemudian memecah rekod lama acara itu 1:39.54s dengan kepantasan 1:36.23s.

Selangor menduduki tempat kedua manakala Pulau Pinang ketiga.

Keceriaan Negeri Di Bawah Bayu bertambah apabila Kuartet 4x400m Lelaki 15 Tahun mencipta rekod baru dalam acara itu.

Sabah mencatat kepantasan 3:25.42s untuk memadam masa lama 3:26.09s oleh Sarawak pada tahun 2019 manakala Selangor kedua manakala Pulau Pinang ketiga. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya