Sabah beralih ekonomi konvensional kepada ekonomi biru - Anwar

Sabah beralih ekonomi konvensional kepada ekonomi biru – Anwar

ANWAR Ibrahim bersama Hajiji Noor semasa melawat gerai pameran pada SIBEC di SICC Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pelaksanaan strategi ekonomi biru dilihat akan membantu dalam pertumbuhan ekonomi Sabah yang kini mula beralih daripada ekonomi konvensional.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan keadaan ekonomi semasa yang agak mencabar, usaha memperkenalkan polisi yang melangkaui polisi sedia ada amat penting dan inisiatif ekonomi biru ini adalah salah satu daripadanya.

Beliau berkata, strategi ekonomi biru adalah fokus baharu dan bukan semua negara dan negeri di Malaysia boleh mendapat manfaat daripada ekonomi biru berdasarkan hasil dan sumber dari laut.

“Sabah beruntung kerana dikurniakan dengan lautan dan jika ia dimanfaatkan sepenuhnya, ia akan membolehkan ekonomi Sabah bertambah maju.

“Negeri Sabah boleh memanfaatkan sumber lautan yang ada namun, kerajaan negeri harus memastikan ia tidak memusnahkan alam sekitar,” katanya semasa merasmikan Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah (SIBEC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini.

Kata beliau, Hajiji memperkenal inisiatif ekonomi biru yang memanfaatkan sumber lautan yang menjadi kekuatan di Sabah.

Jelas beliau, dengan adanya fokus sebegitu, ia jelas akan membantu meningkatkan ekonomi Sabah dan memberi peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi.

Justeru, beliau berharap pemimpin-pemimpin Sabah akan fokus kepada usaha membangunkan ekonomi biru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya