RUU Mufti tidak ambil kuasa Agong

RUU Mufti tidak ambil kuasa Agong

ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) atau RUU Mufti menyatakan fungsi mufti dan timbalan mufti adalah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung semua perkara hukum syarak di Wilayah Persekutuan.

Presiden Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan (MPSWP), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, justeru itu undang-undang berkenaan tidak mengambil kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti ditimbulkan oleh sesetengah pihak.

Katanya, satu daripada seksyen dalam RUU itu menyatakan fungsi mufti dan timbalan mufti adalah membantu dan menasihati Seri Paduka dalam semua perkara hukum syarak, tambahan pula mereka merupakan pihak berkuasa utama semua hukum syarak di wilayah-wilayah Persekutuan.

“Kita tidak boleh menjangkakan Yang di-Pertuan Agong mahir dalam hukum syarak dan oleh yang demikian, sebagai Ketua Agama Islam, baginda memerlukan orang yang mahir dalam hukum syarak membantu dan menasihati Seri Paduka.

“Syarat-syarat yang ketat untuk menjadi mufti perlu dipastikan mereka yang dilantik itu benar-benar berilmu,” katanya dalam kenyatan semalam.

Sebelum ini, peguam Latheefa Koya mendakwa RUU Mufti Wilayah Persekutuan akan mengurangkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dakwanya, Fasal 4(1) RUU tersebut menjadikan mufti sebagai ‘pihak paling berkuasa’ dalam hal-hal undang-undang Islam di Wilayah Persekutuan selain Seri Paduka.

Dalam pada itu, Zainul Rijal berkata, penggubalan RUU itu bukan bermaksud memberi kuasa sepenuhnya kepada mufti untuk mengeluarkan fatwa.

“Mufti mempunyai tatacara sendiri untuk membuat fatwa. Seksyen 7 memperuntukkan senarai orang yang menjadi Ahli Jawatankuasa Fatwa. Manakala Seksyen 10 menzahirkan tatacara membuat fatwa. Ia bukan inisiatif seorang mufti sahaja,” katanya.

Menyentuh dakwaan RUU itu akan memberi kuasa penuh kepada mufti mengawal orang Islam, Zainul Rijal berkata, ia dalam isu berkaitan hukum syarak sahaja untuk mufti mengeluarkan fatwa.

“Mufti boleh mengeluarkan pendapat mengenai hukum syarak tetapi ia tidak mengikat,” katanya.

Latheefa kononnya mendakwa mengikut undang-undang baharu itu, mufti melalui pengeluaran fatwa yang mengikat boleh mengganggu kehidupan seharian umat Islam dan hak mereka untuk mengamalkan agama mengikut al-Quran dan Hadis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya